KASUT



" Pergi. Jangan duduk kat sini. Dah la pemalas. Buat semak je kat sini." Rungut tuan kasut sambil mencampakkan kasut-kasutnya.


Banyak lagi kasut lain yang boleh duduk kat rak ni. Hitam, putih, coklat dan macam-macam lagi.


"tapi tuan, kami masih elok lagi. Lebih kurang enam bulan lagi kami masih boleh dipakai" rintih sang kasut.


"ah,itu aku tahu. Tapi kamu pemalas. Aku ajak pergi Majlis Makan Malam, Pertandingan Debat, Bersukan, sambut merdeka, integriti dan macam-macam lagi aktiviti tapi semuanya kamu tak nak. Tetap nak duduk kat rak itu. Daripada penuh dengan kasut yang pemalas macam kamu semua, lebih baik aku carik kasut-kasut yang baru dan rajin." Balas si tuan kasut.




Kasut-kasut tersebut pun berlalu pergi meninggalkan tuannya. Pasrah dan hampa. Walaupun usia masih boleh digunakan hampir enam bulan, tetapi tidak diendahkan.


" eh, dengar cerita tuan kita tu nak beli 50 kasut baru" bisik kasut yang tak nak pergi makan malam.
"em…entah la" balas kasut yang tak nak pergi sambut merdeka.

kemanakah perginya kasut-kasut itu?

Rabu, 5 May 2010- Anggerik. 6.15 Senja.

This entry was posted on Wednesday, May 5, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

10 Responses to “KASUT”

Cik Nuyu said...

kasut??
tajuk yg menarik.
sekali terpandang.. trus tertarik untuk baca...

MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS said...

terima kasih cikgu..

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

Habis madu sepah dibuang .. huhu .. good post .. gnekanlah sebaiknya dengan apa yg kita ada ..

MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS said...

hehehe

SiHijau said...

biar berpeluh didalam hujan daripada bercakap didalam air..

@taufiqhelios said...

kasut oh kasut

nia hawanis said...

mm bagus la hamka...suke baca...mmg kena dan sesuai sangat2...

Cikgu Ma said...

sekali baca...tak paham...2x baca, hmmm, da maksud yg tersirat...pk la sendiri

huzai al-yahya said...

katus...... sungguh mendalam kasut itu..... setelah digunakan, dibuang tanpa memikirka jasa kasut tu,,.... gud idea from hamka... good job bro.....

YanSaflina said...

tu yg kebanyakan berlaku kepada manusia2 sekarang..huhuhu