DARI MEJA PENULIS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T




PENGENALAN

HAMKA IDRIS atau nama sebenarnya MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS dilahirkan pada 19 Febuari 1988 bersamaan 1 Rejab 1408H di Felda Cahaya Baru Masai Johor. Masih menetap disana bersama keluarga. Merupakan anak keempat dan anak tunggal lelaki dalam 5 orang adik beradik.

PENDIDIKAN

Memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru, Masai Johor (1996-2000). Kemudian melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru Johor (2001). Kemudian pada tahun yang sama berpindah ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor. (2001-2005).

Setelah itu, Melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Tinggi Arab Negeri Johor atau lebih dikenali dengan nama Maahad Johor (2006). Pernah melanjutkan pengajian selama di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu, Terengganu.

Telah menamatkan pengajian di UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (2007-2011).




Mula menceburi bidang Rundingan dan Latihan ketika sejak masih di alam persekolahan. Cuba memahami tingkah laku remaja masa kini untuk sama-sama memperkasa Pemikiran Anak Muda. Bergiat aktif dalam badan persatuan di USIM. Memegang tampok pemerintahan Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM-USIM) selama 3 sesi (07-08. 08-09, 09-10). 

Menyertai Lawatan Mahabbah Antarabangsa ULPM ke Korea Selatan dalam mengkaji pergerakan badan pelajar di Dongguk University dan Hanyang University pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, sekali lagi berpeluang menyertai Mahasiswa USIM Merentas ASEAN 2011 ke Kemboja-Vietnam dalam Misi Pengantarabangsaan dan Bakti Siswa Kemasyarakatan.


KERJAYA






Memulakan kerjaya sepenuh masa dalam bidang Rundingan dan Latihan dengan E-Class Training Centre (M) Sdn Bhd berpangkalan di Bandar Seri Putra, Kajang Selangor. Diberi kepercayaan sebagai salah seorang Perunding Latihan di syarikat tersebut.

Juga merupakan Certified NLP Practitioner (NFNLP-USA) dan Certified Lisenced Trainer NLP For Teacher (ANLPM-MSIA).

Boleh dihubungi di Laman Sosial beliau Muhammad Hamka Idris atau Hamka Idris atau di talian 013-344 0814.





This entry was posted on Tuesday, January 27, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “DARI MEJA PENULIS”

Cikgu Ma said...

3 tahun lg dah x dok kat masai... :P

MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS said...

aik?
awat plak?