JOM GEGAR U 2009



Alhamdulillah...


Semuanya berjalan Lancar.. Program Jom Gegar U untuk pelajar-pelajar Lepasan SPM,STAM dan STPM.telah berlangsung selama 3 hari 2 malam (24-26 Januari 2009) bertempat di Kompleks Istana Mustika Embun, Johor Bahru anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)..

Program bermula Pada hari Sabtu jam 3:00pm..aku sampai di tempatkejadian pada jam 2:00pm..penat rasenye..ye la, dr Seremban terus ke Program..tp xpe..sumenye ok je..sampai je di ME, aku solat Zohor dan makan tengahhari..lepas 2 terus ke Larkin untuk mengambil peserta-peserta..sramai 33 orang peserta dr seluruh Johor yang join pgrm tersebut..

Aktiviti bermula lepas maghrib dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Yang Dipertua KPIJ saudara Zainudin Zakaria..setelah selasai solat isyak,aku mempengerusikan majlis pada malam itu..aku mulakan dengan menarik minat peserta pada malam itu..aku memberikan peserta2 trade mark program..aku juga mengajar mereka lagu "ketupat oh ketupat"..ketawe je diaorang..selepas itu taklimat program disampaikan oleh SUA KPIJ saudara Khairullah Zainudin..setelah selesai taklimat, ice breaking di kendalikan oleh saudari Balkis (KPIJ UIA)..beliau membawa lagu "laici kang"..pas 2,aku tgk peserta2 mcm pasif je..so,aku teruskan dengan modul "konduktor bus"..modul ni sume orang kne bercakap..ha,pas 2 ok gak la..sume dh x pasif mcm td lg..pas 2 sume p mimpi malam..

Program Hari Ahad di mulakan dengan Qiammulail yang dikendalikan oleh Sausara Ishaq (KPIJ USIM)..solat Tahajjud, Hajat dan Taubat..setelah itu beliau membacakan sepotong Hadith..Solat subuh di Imamkan oleh beliau..pagi itu aku memberikan kuliah subuh..aku membawakan dua kisah agar semua peserta memikirkannya apabila telah berada di Universiti kelak..jika ad yang pergi ke Mesir kerana bumi Anbiya, jangan lupa bahawa Mesir juga bumi Firaun..apatah lagi Malaysia ni bumi apa agaknya..aku membawakan mereka kisah Imam Syafie dan Pemandu Bas..

Riadah pagi tu,semua peserta di bawa ke Taman Istana..sepanjang perjalanan,mereka diminta mengutip 10 jenis sampah yang berlainan setiap seorang..setelah sampai di taman istana,senaman ringkas dikendalikan olah saudara Aliemran (KPIJ UIA)..pas 2,dari sampah2 tersebut,setiap kumpulan diminta membuat sebuah istana atau bangunan yang bercirikan Keislaman..setiap kumpulan diminta membentangkannya..sarapan pagi pn disana..

Slot seterusnya disampaikan oleh Saudara Khairul Anwar Sazali (SUA PKPIM) bertajuk jati diri mahasiswa..beliau banyak memberikan pendedahan Alam Kampus kepada semua peserta..

Selepas makan tengahari dan solat zohor, sesi penerangan setiap kampus kepada peserta2..dimulakan dengan UTM, USIM, UIA..petang 2 selepas asar riadah..peserta lelaki bermain bola sepak, team fasi lawan team peserta (4-4)..peserta perempuan dikendalikan oleh fasi perempuan..penat gak petang 2..

Malam, selepas maghrib, slot disampaikan oleh saudara Zoolhelmi Ahmed (Mantan EXCO KPIJ) mengenai Palestin (Gaza) dari sudut seorang Mahasiswa..setelah selesai solat isyak berjemaah, taklimat penerangan kampus POLITEKNIK JB, UDM, UiTM..setelah itu perkumpulan peserta mengikut daerah..

Pagi Isnin, Qiamullaill dan solat Subah berjemaah..riadah pagi 2 aku membawa modul "Majlis Raja-raja dan Raja Hutan"..seronok jugak..selepas sarapan pagi, aku membawa modul "Siapa aku pada kamu" dan "Surat Wasiat"..setelah selesai, slot seterusnya Sidang Pleno..aku, Hafiz Dasar, Harun, Khairullah dan Azam menjadi kumpulan pengacau..hehehe..setelah selesai, saudara Aliemran membuat resolusi dan majlis penutup..mjlis di akhiri dengan selawat dan bersalam-salaman..setelah makan tengahari dan solat zohor, semua peserta bertolak pulang..

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..

This entry was posted on Wednesday, January 28, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.