Showing posts with label SASTERA. Show all posts

BERITA KEPADA KAWAN

No Comments »



Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan


Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

GELANGGANG

3 Comments »



“Siapa kau” teriak kasut mewah.


“Aku sang pembela. Datang menuntut keadilan” pantas jawapan dari kasut biasa.


“apa yang ingin kau bela? Keadilan apa yang kau mahukan?” bentak kasut mewah. Sedikit marah dengan jawapan tadi.

Diwaktu yang sama, entah muncul dari mana sang penjaga kasut mewah yang lain seolah-olah berteriak dalam bisik. Mengarah agar kasut-kasut biasa menanggalkan kain putih yang menutupi kepala mereka. Yang memakai akan digelar pak haji. Merasakan kain yang dipakai itu menyalahi peraturan dan etika yang ditetapkan. Kain itu hanya sesuai dipakai di dalam surau sahaja.




“tu, yang putih tu bukak. Simpan.” Bentak mereka. Cetek pemahaman mereka.

“dulu kami dicampak sesuka hati, hanya kerana tidak pergi majlis makan malam, tidak pergi pertandingan debat, tidak pergi sambutan merdeka tetapi itu semua hanya alasan kosong.”


“dan sekarang Gelanggang yang pernah dipenuhi dengan majlis ilmu, pernah dibicara soal ummah nak kau kotori?”


“tidak malukah kau dengan apa yang kau lakukan?”


“kau mulakan pembukaan gelanggang dengan bacaan doa agar diberkati, tetapi kau sendiri yang merencana majlis gelanggang dengan tari-menari. Semacam apakah doa yang kau pinta?"


“tidak jelaskah kau akan matlamat? Butakah kau dalam celik?”


“tidakkah gelanggang itu dibuka untuk mengangkat kasut-kasut yang berjasa? Owh, ya. Kasut yang berjasa mengikut lakaran kau”


Sinis. Bisu. Tiada suara. Sepi.


Penjaga kasut-kasut mewah begitu sibuk amat. Bagaikan ayam yang beru menetas telurnya. Berteriak sana sini. Pantau agar tiada kekecohan dalam apa jua gelanggang yang dibuka. Sedang sibuk berteriak, entah kemana harta kasut biasa yang lesap dipinjam pencuri.


Pelawok…pelawok…pelawok…

Jumaat. 22 April 2011.

PERAHU MENAWAN

1 Comment »



Tersebutlah kisah di pesisiran pantai. Tinggal sekumpulan nelayan bersama keluarga masing-masing. Duduk seorang nelayan memerhatikan kawannya yang dari tadi sibuk membersihkan perahu kecilnya. Perahu "made in Malaysia".



"tak payah la Ijat asyik bersihkan perahu kau tu, kalau ke laut nanti kotor juga" tegur Fadil yang duduk termenung.



"lagi la sekarang ni musim menjala, kompem kotor punya. Lagi pun perahu kau tu bukannya buatan luar Negara, petak pulak 2." tambahnya lagi.



"ala dil, bukan selalu sangat pun aku bersihkan perahu aku ni. Memangla perahu aku ni buatan tempatan, tapi kalau kene gaya menjaganya insyaAllah" balas Ijat.



"lain la perahu kau dil, dah mcm volvo dah aku tgk" tambah Ijat lagi.



"pandai la kau ijat" balas fadhil.



" KALAU HUJAN TU, HUJAN RAHMAT DIL. BILA BERSIH TU, MELIHATNYA NIKMAT, BAWAK SIMPAN DALAM RUMAH, HA, SELAMAT, tak gitu" tambah Ijat sambil tersenyum manis.



Fadil juga turut tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ijat.

Ahad, 9 Mei 2010 - Anggerik. 6.00 Petang.

MY NAME IS "JIN"

2 Comments »



Oleh disebabkan perubahan peraturan Undang-undang Madrasah jin yang telah dibuat, penuntut-penuntut madrasah begitu kecewa. Namun sebaiknya yang berlaku kepada Pegawai-pegawai madrasah tersebut. Ikuti perbualan mereka..

Pegawai Jin Toncet : hahahaha

Gembiranya hatiku. Bahagia sekali.


Pegawai Jin Pendek : Eh Toncet, bukan main suke ko ye. Ape kehal nye ni Toncet. Habaq mai la (cube berdialek utara).


Pegawai Jin Toncet : Alamak ko ni pendek. Dah la pendek, lampi plak tu. Ko tak tahu ke pendek, kan madrasah kite ni dah buat sedikit pembahruan. Sebab tu la aku suke.


Pegawai Jin Pendek : Ei Toncet, pendek bukan sebarang pendek tau. (dengan nada sedikit bengang). Kalau la setakat perubahan 2, ap la sangat yg ko suke 2.


Pegawai Jin Toncet : Eh ko ni. Kang kalo aku ckp kemetot plak ko marah. Yang menyebabkan aku suke sekarang ni, port kite dah tak kene kacau dengan penuntut-penuntut madrasah lagi. So, rahsia kite pun selamat la.


Pegawai Jin Pendek : Ooo..baru la aku paham. Port kite makan lain port penuntut lain. Ha, macam 2 penuntut tak tahu la kite makan ape kan (sambil menghidupkan makanan mereka).


Pegawai Jin Toncet : ha, bijak pon ko ni pendek. Ko makan yang mane 2? eh, jage-jage pendek,kang bos nampak susah lite nanti. Alamak, Dunhill aku tak suka la pendek. Suriya la baru power.







Itulah die kisahnya. Madrasah kan kawasan larangan memakan, tapi kalau Si Toncet dan Si Pendek pun begitu, macam mane ye agaknye..


Salam LM..heheh


Khamis, 6 Mei 2010 - Anggerik. 3.15 Petang.

KASUT

10 Comments »



" Pergi. Jangan duduk kat sini. Dah la pemalas. Buat semak je kat sini." Rungut tuan kasut sambil mencampakkan kasut-kasutnya.


Banyak lagi kasut lain yang boleh duduk kat rak ni. Hitam, putih, coklat dan macam-macam lagi.


"tapi tuan, kami masih elok lagi. Lebih kurang enam bulan lagi kami masih boleh dipakai" rintih sang kasut.


"ah,itu aku tahu. Tapi kamu pemalas. Aku ajak pergi Majlis Makan Malam, Pertandingan Debat, Bersukan, sambut merdeka, integriti dan macam-macam lagi aktiviti tapi semuanya kamu tak nak. Tetap nak duduk kat rak itu. Daripada penuh dengan kasut yang pemalas macam kamu semua, lebih baik aku carik kasut-kasut yang baru dan rajin." Balas si tuan kasut.




Kasut-kasut tersebut pun berlalu pergi meninggalkan tuannya. Pasrah dan hampa. Walaupun usia masih boleh digunakan hampir enam bulan, tetapi tidak diendahkan.


" eh, dengar cerita tuan kita tu nak beli 50 kasut baru" bisik kasut yang tak nak pergi makan malam.
"em…entah la" balas kasut yang tak nak pergi sambut merdeka.

kemanakah perginya kasut-kasut itu?

Rabu, 5 May 2010- Anggerik. 6.15 Senja.

SYUKUR GEMBIRA

No Comments »



Petang tiada hujan
Panas mengganas
Jiwa keletihan
Kalam kehilangan perkataan

Lembaran warkah dinukilkan
Tulus
Tiada yang ketahuan akan keiklasan melainkan Tuhan
Manusia tidak punya kuasa

Akan Mengalir
Cuba ditahan
Air mata keterharuan bercampur kegembiraan
Atas segala kurniaan Tuhan

"Bukan pertemuan yang melakar keindahan, bukan ucapan yang mencoret kecintaan, tetapi ingtan dalam doa kepada Ilahi sahaja tanda ukhwah yang suci.." (al-Imam Ghazali)

Nukil kata diserap jiwa
Fahami akan erti
Setiap bait yang terucap
Tertusuk sanubari

Tuhan
Tiada terdaya diri ini
Melangkah
Menapak
Berlari kearah
Tetapi dicari gagah
Untuk tidak mengalah
Jumaat
3:00am
Desa Anggerik

LAUTAN

No Comments »




Lautan, air.
Tiada beza.
Air adalah lautan, Lautan adalah air.
Membuas.
Menghempas...Tak kira siapa…


Lautan.
Tempat mencari ketenangan.
Melepas kebosanan.
Melerai kebuntuan.
Jua ada yang mencari kehidupan…


Dunia diumpama lautan yang luas.
Dalam pelayaran kehidupan.
Ada yang selamat.
Ada yang karam.
Ada yang hilang arah tujuan.
Entah hilang kemana.


Lautan dunia.
Manusia adalah pelayar kapal layer.
Andai IMAN adalah muatan.
TAQWA adalah layar.
Dengan izinNYA kita selamat dalam pelayaran.
Selamat dari ombak gila.
Buassannya.
Juga hempasannya…

SEMALAM HANYA SEJARAH

No Comments »



Ketenangan ini adakah tercipta untukku,
buntu minda,
sempit fikiran,
kumusnah kuhancur memori lalu,
lerai sudah lebur sudah lama,
satu jasad tegar disini,
di lembah asing,
momok-momok lenyap bersama semalam,
dan semalam hanya sejarah,
buta dihantui syurga syaitan mulkahu,
al-Quran dan as-Sunnah kulupa demi sebutir gah cinta insani dan ego,
di lembah suci ini,
ALLAH dan rasul cinta hakiki,
yang pasti,semalam hanya sejarah...

INGIN AKU

No Comments »



INGIN AKU LUAH SEGALA
INGIN AKU CURAH SEMUA

INGIN AKU TINTA IA MENJADI CERITA
INGIN AKU ALUN IA MENJADI IRAMA

NAMUN AKU HANYA INSAN BIASA
JUGA LALAI DAN LUPA

AKU JUGA YANG SERING ALPA
JUGA SERING BERDOSA