Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

MANUSIA LEBIH HEBAT DARI MASALAH

No Comments »



Salam Penuh Keceriaan.

Perjalanan kehidupan, alhamdulillah dapat diteruskan perjalanan kehidupan seperti biasa. Ku panjatkan kesyukuran padamu ya ALLAH. 

Saya yakin dan percaya, seperti mana yang kita dengari dan mungkin dialami sendiri, atau barangkali menyaksikan ia berlaku disekeliling kita bahawa setiap manusia itu sememangnya harus membuat keputusan dalam perjalanan kehidupan mereka. Walaupun adakalanya keputusan yang akan diputuskan itu menyakitkan. Dan mungkin dari apa yang diputuskan itu tidak menyenangkan di mata pihak lain. Sesuatu perkara yang berlaku itu berbeza pandangannya di mata setiap manusia. Ada yang memandang dari sudut sisi, ad yang memandang dari sudut atas dan sebagainya.

Saya menonton sebuah klip video Rancangan Motivasi di Youtube yang dikelolakan seorang individu hebat, Mario Teguh. Dalam rancangan tersebut seorang pendengar bertanyakan 1 soalan. Soalan ini saya kira baik untuk saya ambil perhatian akan ia. Mungkin juga untuk sesiapa sahaja yang merasainya sangat penting.

"mengapa kita begitu mudah memotivasikan orang lain sedangkan begitu sukar untuk diri sendiri" lebih kurang begini soalannya.

Apa yang kita kongsikan juga nasihatkan kepada orang lain itu, kita akan diminta untuk merasai akan ia. Jika kita menasihatkan tentang kesabaran, kita terus diuji dengan kesabaran. Jika kita menasihatkan agar istiqamah, kita terus diuji dengan sifat Istiqamah dalam diri kita sendiri. 

Jika kita mempunyai masalah, lalu kita dapat menghadapi dengan baik maka ia adalah Beautiful Problem. Bukan apa masalahnya, tetapi bagaimana kita menghadapinya. Maka bersiap-siaplah untuk menjadi lebih hebat Individu yang lebih Hebat dari masalah.

Satu perkongsian yang cukup ringkas tetapi sangat bermakna. Perkara ini juga selalu saya kongsikan kepada peserta yang pernah bersama saya dalam program-program yang dijalankan. Moga-moga saya dapat menghadapi apa yang di uji dengan baik dan tenang. Juga buat anda semua, mudah-mudahan.

Moga ada manfaat yang dapat digambarkan dan dirasai akan kebaikannya serta didengarkan pada generasi akan datang. 


BERGAUL DENGAN KANAK-KANAK

1 Comment »



Nabi Muhammad S.A.W bergaul baik dengan kanak-kanak. Layanan baginda kepada mereka juga begitu baik. Secara tidak langsung, baginda mempamerkan asas dalam pendidikan untuk kanak-kanak. Seperti mana yang sedia maklum, kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik. Ini kerana semua manusia yang dilahirkan adalah dengan fitrah yang baik. Ini kerana, bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci dan bersih dari segala kekurangan. Dan dengan kesucian itu, Nabi Muhammad S.A.W memeliharanya.

Belaian kasih sayang kepada kanak-kanak yang ditunjukkan oleh adalah baginda suka menghidu, mendakap dan mencium mereka.Ia juga merupakan ibadah. Ini kerana mencium dan mendakap kanak-kanak adalah menunjukkan sifat rahmat dan kasih sayang.

Pernah suatu ketika seorang sahabat dan juga beberapa orang Badwi melihat Baginda dan berkata : Ya Rasullullah kamu mencium kanak-kanak kamu? Nabi menjawab : Ya, Lalu mereka berkata : Sesungguhnya kami tidak mencium kanak-kanak kami. Rasulullah bersabda lagi : Apa yang akan aku buat untuk kamu, andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu. Ada juga antara sahabat yang melihat Baginda bermain bersama Hasan dan Husin.

Nabi Muhammad S.A.W juga mempunyai sifat kasihan kepada kanak-kanak. Baginda begitu melindungi kanak-kanak. Suatu ketika sedang baginda bersolat di masjid, Umamah binti Zainab datang kepada baginda dan memanjat belakang baginda. Pada ketika itu baginda sedang bersujud. Lamanya baginda bersujud sehinggakan para sahabat menyangkakan baginda mengalami kekejangan otot. Setelah selesai bersolat, baginda bersabda “sesungguhnya anak perempuanku ini duduk di atasku, dan aku tidak mahu mengganggunya. Baginda menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri kanak-kanak. Ini adalah kerana merupakan waktu yang sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.

Satu peristiwa yang mengingatkan saya akan sifat Baginda terhadap kanak-kanak ini adalah ketika menunaikan solat Isyak di surau berdekatan rumah sewa saya. Jemaah disebelah saya membawa anak kecilnya bersama ke surau. Beliau tertinggal rakaat yang pertama. Setelah imam selesai, ketika itu anaknya memaut bahunya dan bermain-main disitu menyebabkan beliau tidak terus bangun untuk menyempurnakan rakaat terakhir. Anaknya masih lagi memaut bahunya.

Saya yang berada disebelahnya terus mengambil anaknya dan terus berada dipangkuan saya. Setelah itu, barulah si ayah bangkit menyelesaikan solatnya. Anak kecil itu tadi tersenyum melihat ayahnya walaupun tidak mengerti apa yang ayahnya sedang lakukan.

Sungguh indah akhlak yang diajarkan oleh Baginda S.A.W. Moga-moga dapat di amalkan oleh semua umat Islam.

MANIS SEBUAH KESABARAN

No Comments »



SABAR itu indah. Ia merupakan bunga-bunggaan dari keimanan kita yang sebenar. Haruman bunga-bunga itu adalah kehebatan diri dalam memandang baik terhadap segala cabaran dan rintangan disamping menyakini segala hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Kelopak bunga-bungaan pula diserikan dengan ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa melambangkan keIMANan terhadap qada dan qadar.


"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" Surah Ali-Imran ayat 120.


Cerminan dari sebuah kesabaran membuat kita sentiasa tersenyum, bersangka baik pada orang lain, selalu menahan dan mengawal diri, mudah memaafkan, sentiasa bertutur dan membicarakan perkara-perkara yang baik, bahkan selalu sabar dan mampu tersenyum bila orang mengatakan kita tidak cantik, kita selalu salah, kita bodoh, kita miskin atau bahkan kita dituduh sebagai pencuri. Dengan senyum kesabaran kita menerima semuanya itu. Ya dengan senyuman membuat orang jadi sabar menerima segala cabaran dan rintangan dunia.

Teringat satu peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Ketika saya dan keluarga pergi bersiar-siar di satu tempat yang cukup cantik. Dipenuhi lampu-lapu yang indah. Memang terlalu ramai orang yang dating ke tempat tersebut. Tambah lagi ketika itu malam minggu. Jangan kata tempat parking, lebih kurang 3 kilometer sebelum pintu masuk dah jem. Pelbagai ragam manusia yang hadir. Berkeluarga, berteman-teman dan ada juga yang sendirian.

Setelah bergembira, ada satu perkara yang betul-betul menguji kesabaran setiap pengunjung yang datang. Tidak tahu mana silapnya. Mungkin disebabkan system pengurusan tempat parking yang kurang baik. Sehinggakan hampir 2 jam lamanya nak keluar dari tempat parking ke kaunter tiket keluar. Apa tidaknya, dari lebih kurang 8 line menuju ke 1 line keluar. Masing-masing tak mahu beralah. Itu yang menyebabkan kesesakan yang berlaku. Sehinggakan ada yang mula naik hangin dengan memaki petugas-petugas disitu. Anak dan bapa, sama kedua-duanya. Hebat dalam memaki hamun. Yang hairannya, petugas-petugas bukannya nak ambil tindakan membantu kelancaran lalu lintas tetapi hanya duduk diatas motor memerhatikan kereta-kereta yang berkeliaran seperti semut pulang ke sarang. Tersenyum saya sendirian.

SUATU KEPASTIAN YANG NYATA

1 Comment »


Kematian itu suatu yang pasti. Segala amalan akan diperhitungkan diakhirat kelak. Seandainay kita sedar, manusia diatas muka bumi ini telahpun dikirimkan sepucuk surat. Ramai yang TAHU akan sepucuk surat itu, namun sejauh mana SEDAR akan ia.

Apakah surat itu?

Al-Fathihah khusus buat Tamyis Bin Subari yang telah dijemput mengadap ILAHI pada tanggal 18 Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432H. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

MERENUNG DENGAN BERIBADAH

1 Comment »



Melihat kearah pantai, banyak perkara yang boleh kita pelajari daripadanya. Semuanya terpulang kepada individu untuk menilai sesuatu itu secara positif mahupun sebaliknya. Bermacam-macam ragam dan telatah manusia yang berada di pantai. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Beristirehat, mencari ketenangan, meluangkan masa bersama keluarga dan juga sebagainya.


Timbul persoalan. Adakah hanya sekadar tempat untuk beristirehat, mencari ketenangan, meluangkan masa bersama keluarga? Adakah maksud yang tersirat disebalik itu? Apakah kamu tidak berfikir atau merenung sesuatu itu dengan beribadah?


"Tunduklah selalu ke bumi, kerana apabila kamu mendongak kelangit mungkin tidak bisa tahu langkahmu yang mana bisa buat kamu terjatuh."

Positiflah dalam berfikir dn memikirkan sesuatu. Kerana dengan apa yang anda fikirkan itu, mempengaruhi tingkah laku anda seharian. Jika anda berfikiran positive, ia akan menghasilkan sesuatu ke arah positif, malah jika sebaliknya natijah juga sebaliknya.

InnaAllaha A'lam...

AKU HADAPKAN WAJAHKU

1 Comment »

“Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

MAKA LIHATLAH...

Read more » | No Comments »

“Berjalanlah di atas muka bumi, maka lihatlah...”

Lama rasanya tidak mengeluarkan post baru. Mungkin kerana kesibukan dan mungkin juga kerana ketiadaan idea untuk menulis. Kadang kala terlalu memikir akan isi sesuatu post yang hendak ditulis. Akhirnya tergantung di tengah jalan.


Post kali ini, saya ingin berkongsikan sesuatu. Ayuh kita mengembara ke dunia pemikiran sebentar. Bila dirunung kembali ayat di atas “Berjalanlah di atas muka bumi, maka lihatlah...” Walaupun ringkas, tetapi jika dihayati dang direnungi sungguh indah maknanya.


Dalam kejadian alam semesta ini, pelbagai kejadian yang tuhan ciptakan. Sama ada yang bernyawa ataupun tidak. Namun, manusia adalah diantara sebaik-baik kejadian yang diciptakan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud “kamu adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan, mengajak kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran, berimanlah kepada ALLAH..”

RABITHAH-IZZATUL ISLAM

No Comments »


Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

FIKIR-FIKIR...

No Comments »




"man,ko ngan wani 2 mcm mane skrg?" Tanye jo kepada man...

"aik,pesal tye? mcm biase je la" ringkas jwapan man...

"owh,ak saje tye" balas jo...

Firman Allah:“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zinaitu adalah perbuatan keji dan satu jalan yang jahat”(al-Isra’: 32)

Sila baca, fahami, hayati dan jadikan pendoman…

Kami tidak berzina!Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum… adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan!Kami dapat mengawal perasaan kami dan kami tidak berniat ke arah itu.Hari ini ya, esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adan dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.

Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!Betul. Tetapi itu adalah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak terhenti disitu sahaja.

Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkan itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?Takkan nak berbua-bual pun tak buleh? Itupun zina ke?Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.

Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kakinya juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan.Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran je…Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah.Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat.

Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikit Raqib dan Atid.Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study griup. *(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)Study Group…? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua-dua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni… betul ke berbincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran*Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu.

Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan bekajar? Habis sudahkan kaum sejenis kita? Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.Takkanlah tak ada ruang langsung yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta?

Adakah islam membunuh terus naluri cinta?Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri keinginan itu. TIDAK! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.

Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia.Tentu ada cinta secara IslamCinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.

Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan.inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, is membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah “ tidak ada lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dan berani berpegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengatin baru semalam… bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.Allah mencipta manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian.

Oleh itu Allah telah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.Jadi manusia itu tidak ditahan diuji?Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.

Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada penciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri poko khuldi itu. Firman Allah;“Wahai adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-A’raf : 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.Tetatpi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian semasa bercinta.

Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kene tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepura-puraan atau hipokrit.Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia yang merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga hendaklah melalui proses yang betul.

Sudah tentu prosesnya bukan cinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti cinta…

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dangan budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Nama apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.Jadi seolah-olah orang yang bercinta hilang maruah diri?Hilang maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak akan menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi.

Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oeh AllahAdakah orang bercinta* hilang maruah?Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melaiakan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?Itulah pasangan yang laayk untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adlah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.Kami sudah berjanji sehidup sematiApa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu sepah dibuang.

Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri seharusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.

Itulah rahsia lelaki.Jadi perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? (tidak mengikut syarat)Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka apda barang yang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh ‘test drive’ . Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir.

Sedihkan? Itulah hakikatnya.Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kuekuatan untuk mendapat keredhaan-NyaKami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukanlah bagaimana taubat nasuha.Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:Tinggalkan perbuatan maksian. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.Menyesal dan menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjerumus diri dalam percintaanBerazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul.Ya Allah, hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapaku curahakan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa…Amin ya rabbal alamin. Moga Allah terima taubat mu.Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh, tidak kemana! Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepadaMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

ramai org perpndangan:kita perlu bercinta tuk mengenal pasangan,tanpa perkenalan,mustahil cinta bertandang,tanpa percintaan,mustahil keserasian di kesan,mereka sebnar nyer terlps pandang,dlam islam temph merisik dan bertunang,yg melibatkan mahram bkan berdua_duan,taaruf i2lah mndedahkan keserasian,cma tkrif 'taaruf' n serasi dlm fkran mnusia berlainan, islam mngajar mansia taaruf yg ada sempadan, terplihara n terjg dr kemaksiatan, bkan taaruf melalui percntaan sakan, lslam mengajar serasi dgn ajarn tuhan,bkn serasi dgn kehendak psangan, cinta arrahman menjana kebhgiaan, lantaran i2lah, batasan nyr x leh dpermenkan......

TEGUR MENEGUR

1 Comment »




Sememangnya kita sgt mudah menegur silap org. Itu tak betol, ini tak betol. Itu salah, ini salah. Semuanya pada pandangan kite ap yang orang buat semuanya serba tak kene..

Akan tetapi bile diri sendiri kena tegur, diri sendiri buat salah dan orang lain memperbetolkannya, apekah tindakan dan reaksi kita?
Menerimanya? Melenting? Melawan semula?...

MasyaAllah, sama-samalah kita muhasabah diri yang sering alpa ini..

Apa yang ada jarang disyukuri..
apa yang tiada sering dirisaukan..
nikmat yang dikejar barukan terasa..
bila hilang didalam genggaman..

"saipa yang tidak bersyukur, tidak akan aku tambahkan nikmat kepadanya"

BETOL GAK EK???

No Comments »




Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

PESAN PESAN JOM

No Comments »



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

MY UMMAH

No Comments »




My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we’ve strayed from him and his way

My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

CHORUS:
Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord

Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again

Let’s become whole again
Proud again
’Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he’d want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory

SIAPAKAH

1 Comment »




Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

MENGHAYATI PERISTIWA ISRA' MI'RAJ

1 Comment »



Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah salah satu keistimewaan dan anugerah yang dikurnikan Allah S.W.T kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini sukar dipercayai sekiranya tanpa keimanan, yakin dan percaya akan kekuasaan Allah yang tiada batasannya itu akan percaya bahawa hal yang sedemikian adalah amat mudah bagi Allah untuk melaksanakannya. Peristiwa ini merupakan mukjizat yang agung bagi Baginda S.A.W yang dikurniakan Allah S.W.T kepadaNYA.

Peristiwa ini juga adalah sebagai mengubat duka kesedihan hati Baginda S.A.W apabila isterinya Saidatina Khadijah dan Abi Talib bapa saudaranya yang disayangi juga yang sentiasa memberikan semangat serta sokongan kepada baginda dalam menyampaikan dakwah Islam keseluruh umatnya telah kembali ke Rahmatullah. Dua peristiwa yang menyedihkan ini berlaku hanya selang beberapa hari sahaja.

Menurut Ibn Qayyim, Nabi S.A.W di Isra’kan dengan jasadnya dari Masjid al-Haram ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan ditemani oleh Jibril a.s. Ketika di Baitul Maqdis baginda singgah dan menunaikan solat bersama para nabi dengan baginda sendiri yang menjadi imam.

Dari Baitul Maqdis, kemudiannya baginda di Mi’rajkan pada malam itu juga dengan ditemani olah Jibril a.s dari langit pertama hingga ketujuh. Akhirnya baginda di Mi’rajkan naik menghadap Allah Yang Maha Perkasa. Allah memfardukan kepada Baginda 50 solat fardu yang akhirnya menjadi hanya Lima fardu solat sahaja.

Dalam peristiwa ini juga, berlakunya pembedahan dada baginda dan sepanjang nabi menjalani pengembaraan pada malam itu, baginda dilihatkan dengan berbagai perkara. Antaranya ialah :

  1. Baginda ditawarkan susu dan arak lantas baginda memilih susu. Ini telah menunjukkan fitrah dan telah tepat memilih fitrah. Jika baginda mengambil arak, nescaya umatnya akan terpedaya.
  2. Melihat empat sungai dan dua daripadanya ialah sungai zahir dan dua lagi batin. Sungai yang zahir ialah Nil dan Furat. Ianya membawa maksud bahawa risalah menapak ke lembah-lembah yang subur sepanjang sungai tersebut.
  3. Melihat malaikat Malik penjaga neraka yang tidak pernah senyum dan tidak kelihatan riak kegirangan diwajahnya. Baginda turut juga melihat Syurga dan Neraka.
  4. Melihat orang yang memakan harta anak yatim mempunyai muncung seperti muncung unta. Mereka memasukkan kepingan api seperti batu halus kedalam mulut mereka lalu terbit dari dubur mereka sendiri.
  5. Melihat pemakan riba’ mempunyai perut yang sangat besar sehingga tidak mampu berganjak. Dan konco-konco Firaun datang kepada mereka ketika dibentangkan mereka kepada neraka lalu memijak-mijak mereka.
  6. Melihat pera penzina memegang daging yang busuk dan baik. Tetapi dimakannya daging yang busuk dan ditinggalkan daging yang baik.
  7. Melihat wanita-wanita yang masuk bertemu lelaki yang bukan dari kalangan anak-anak mereka. Baginda melihat mereka digantung dengan teteknya.
  8. Baginda juga melihat rombongan dagang penduduk Mekah semasa pergi dan balik. Baginda dapat memberitahu mereka tentang seekor unta mereka yang sesat. Baginda minum air dari bekas mereka yang tertutup ketika mereka sedang tidur, kemudian baginda tinggalkan bekas itu tertutup semula. Hal itu menjadi dalil kebenaran dakwaan apabila diceritakannya pada pagi esoknya.

Semoga dengan menghayati peristiwa ini, kita dapat memperbaiki serta menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T serta memperbaiki segala ibadah yang selama ini tidak kita mengambil berat akannya. Selain itu juga, semoga kita sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan serta mencegah kepada kemungkaran. InsyaAllah..


“ kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dikalangan manusia yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran dan semoga kamu beriman kepada Allah Taala”


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

ENTAH BILA TIBA GILIRANKU

No Comments »




Genap sebulan pemergian arwah. Banyak kenangan yang ditinggalkan bersama. Masih agak sukar untuk melupakan kenangan-kenangan bersama beliau. Tapi, hakikatnya semua yang hidup akan merasai kematian. Itu yang sememangnya pasti.

Aku teringat kisah yang pernah diceritakan oleh 'Amir Saf' ketika mengikuti jemaah keluar selama 10 hari sekitar tahun 2006. Kisah yang sangat menarik. Beliau memulakan kisah dengan menyatakan bahawa semua manusia hari ini dikirimkan dengan satu surat. Tidak kira dari golongan apa sekalipun manusia tersebut. Satu surat yang istemewa.