PEMBINAAN AKTIVITI-AKTIVITI MODUL




Pejalanan yang dirancangkan bermula seawal 6.30 pagi. Namun atas sebeb yang di luar jangkaan, terpaksa ditunda sehingga sekitar jam 8.00 pagi. Semua peserta yang terlibat adalah seramai 35 orang dari Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) Universiti Sains Islam Malaysia. Objektif yang dirangka dalam kursus Pembinaan Modul ini adalah mencapai sasaran bilangan modul yang disasarkan, membina persefahaman dan kerjasama dikalangan ahli lama dan baru dalam ULPM itu sendiri. Seramai 3 orang pegawai pengiring terlibat dalam kursus ini yang sememangnya mahir dalam pembinaan modul. Selama 3 hari berlangsungnya kursus ini (30-1 Febuari 2009) bertempat di Pangkor Beach Resort.

Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Walaupun terdapat sedikit kepincangan-kepincangan yang berlaku atas kelemahan sendiri, tetapi dapat diatasi dengan petunjuk ilahi. Pelbagai yang aku fikirkan semasa berlangsungnya kursus tersebut. Bukan setakat mencapai objektif modul bahkan lebih dari itu. Adakah aku mampu menyebarkan risalah-risalah Tuhan ataupun tidak. Semuanya bergantung atas kebijaksanaan serta kepandaian merancang. Aku akui, selama aku menja pengerusi ULPM, tidak banyak yang dapat aku berikan kepada ahli-ahli. Mungkin kerana kurangnya pengalaman dalam mentadbir. Ah, tetapi itu bukan alasannya.

Dalam tazkirah maghrib yang aku sampaikan pada hari kedua kursus, aku menyentuh beberapa perkara yang aku rasakan penting. Bila menceritakan perihal seekor anjing yang dibaling batu, anjing itu tidak mengejar batu tersebut malah mengejar si pembaling batu. Dalam hal ini, banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran. Manusia seharusnya mencari punca jika berlakunya sesuatu perkara bukannya menyalahkan apa yang berlaku. Aku rasa, ini bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh tetapi perlu dianggap serius.

Dalam perkiasan mengenai sebuah bas yang dipandu oleh seorang pemandu dan dinaiki oleh segenap lapisan masyarakat, semua pihak harus memahaminya dengan jelas. Aku tidak memaksudkan bahawa terdapat perbezaan antara individu dengan individu yang lain yang menyebabkan , tetapi apa yang dimaksudkan ialah apabila individu-individu yang berbeza itu bersatu serta berkerjasama sepatutnya dapat membawa sesebuah institusi kearah yang lebih mantap dan unggul. Misalnya, penyebaran serta keutuhan dakwah Islam itu bukan hanya terletak pada tanggungjawab seseorang yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja tetapi terletak pada semua pihak. Maka dengan wujudnya kerjasama serta penyatuan dalam pelbagai aspek, Islam semestinya akan terus subur di bumi ini. Kita lihat sejarah lampau, bagaimana para sahabat Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W yang tanpa mengira pekerjaan,warna kulit dan sebagainya dapat mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Aku gambarkannya kepada skop yang lebih kecil. Misalnya dalam sebuah kelab persatuan, kerjasama serta kesepaduan diantara semua unit atau exco dalam melaksanakan tanggungjawab haruslah diwujudkan bagi menaikkan nama kelab dan persatuan tersebut.

Seterusnya, aku menyentuh tentang harusnya melihat apa yang dilakukan pada waktu lalu. Di dalam Kitab Suci Al-Quran ada menyebut bahawa, berjalanlah kamu diatas bumi ini maka kamu akan melihat kesan akibat-akibat orang-orang terdahulu sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa (mafhumnya). Perkara ini sememengnya telah wujud tetapi adakalanya kita kurang mengambil serta memandang serius. Kebiasaannya dalam sesebuah organisasi dakwah meletakkan perkara ini sebagai orentasi gerakan dakwah mereka yang dikenali sebagai “Tarikhiyyah”.

Alhamdulillah, semua objektif mengenai kursus tersebut dapat disempurnakan dan dicapai. Semoga apa yang dirancangkan dapat dijalankan dengan sempurna dengan keredhaan serta dalam kerahmatanNYA. Keakraban serta ukhuwah yang dijalinkan antara ahli-ahli ULPM dapat dikekalkan dan terus erat untuk selamanya. Aku akhiri dengan satu kata yang mengatakan bahawa “hari yang mandatang tidak akan memberikan sebarang makna jikakegagalan semalam tidak dijadikan teladan”. Moga apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari Alah juga melalui kelemahan diri sendiri. Wassalam...

This entry was posted on Thursday, February 26, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.