25 Febuari 2009
Minggu ini merupakan Minggu Integriti Pelajar peringkat Universiti Sains Islam Malaysia. Ia diadakan pada 23 Febuari – 1 Mac 2009. Pelbagai program serta aktiviti yang dianjurkan di peringkat Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta peringkat fakulti. Majlis Perasmian Peringkat Universiti telah berlangsung pada hari Rabu 25 Febuari 2009 bersamaan 29 Safar 1430H yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Alhamdulillah, selaku pengarah urusetia pelajar majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun pada awalnye timbul masalah yang tidak dapat dielakkan.
Bagi Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), pelbagai juga program serta aktiviti yang dianjurkan. Namun, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dapat aku ikuti antaranya larian kampus dan khidmat masyarakat yang diadakan di Labu, Negari Sembilan. Fakulti aku juga telah mengadakan Majlis Perasmian Minggu Integriti Pelajar yang telkah diadakan pada hari Isnin 23 Febuari 2009. Setiap pelajar diberikan sehelai baju dan topi sempena minggu tersebut. Ini yang membuatkan pelajar gembira. Maklumlah, dapat baju percuma.
Sebelum aktiviti larian kampus dimulakan, slot ceramah mengenai Integriti telah disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Zulkifli Al-Bakri. Ini disebabkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Banyak perkara yang disentuh oleh Ustaz dalam slot yang disampaikannya itu. Antaranya, apabila fikir digabungkan dengan zikir maka akan dapat mengenal Tuhan iaitu Makrifatullah. Dengan itu kerana awal agama adalah mengenal Allah. Semua pelajar mendengar dengan khusyuk slot yang disampaikan itu. Alfadil ustaz juga menyentuh tentang Ulama’ Nahu iaitu Sibawai’ih. Menurut ustaz, Sibawai’ih itu bermaksud apple yang berbau. Sememangnya Sibawai’ih itu terkenal dengan kehebatannya dalam ilmu Nahu. Walau bagaimanapun, ada Ulama’ yang berkata sesungguhnya aku telah menyemak buku Nahu karangan Sibawai’ih itu dan aku dapati terdapat 80 kesalahan yang nyata.
Lebih kurang 45 minit slot yang disampaikan Alfadhil Ustaz. Aktiviti diteruskan dengan larian mengelilingi kampus. Larian pelajar lelaki dilepaskan dahulu dan setelah selesai pelajar perempuan pula.
Pada 1 Mac 2009, Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat bertempat di Labu, Negeri Sembilan. Semua pelajar FSU diwajibkan menyertainya. Aku turut menyertainya bersama rakan-rakan rumah sewa. Antaranya bip, wasim, mer, apis dan husin. Perjalanan dijadualkan seawal jam 7.45 pagi dan berkumpul di Sytera Indah. Tetapi kami kelewatan. Kami pergi ke tempat program menaiki motosikal sendiri.
Beberapa kumpulan pelajar di bahagikan mengikut kawasan-kawasan yang akan dibersihkan. Aku diberikan kawasan Perkuburan Islam Batu 16, Kampung Chalet untuk dibersihkan. Antara rakan-rakan yang turut serta wasim, husin, mer, apis, azhar, din, wan, afiq ganu, dan ramai lagi. Kumpulan kamilah yang paling ramai lelaki sebab ramai yang lari dari kumpulan masing-masing termasuklah aku sendiri. Kerja-kerja pembersihan pun dimulakan setelah taklimat diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut. Masing-masing mengambil tugas yang diberikan. Ada yang mengecat, mencabut rumput, meracun dan sebagainya.
Dalam sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan, kami sempat berbual-bual dengan penduduk setempat yang juga bersama-sama melakukan kerja-kerja tersebut. Rakan aku menanyakan mengenai asal nama kampung Chelet diberikan. Menurut nenek itu, mungkin disebabkan ramai penduduk disitu dahulu matanye chelet. Iaitu matamya sepet sebelah. Sejauh mana kebenarannya tidak diketahui. Umur nenek itu sekitar 78tahun. Dan kakaknya pula sekitar 80tahun.
Pelbagai perkara yang bermain di fikiranku ketika di program tersebut. Terkenang dan menginsafi. Terkenang akan orang-orang yang telah dahulu pergi mendahuluiku. Orang-orang yang hampir denganku. Arwah datuk dan juga nenekku. Arwah datuk (Almarhum Hj Mohd Sham bin Maamor) banyak mengajarku. Setiap petang dan malam aku belajar mengaji dengannya. Dari mula hinggalah khatam al-Quran. Dari merangkak membaca Al-Quran sehinggalah lancar membacanya. Arwah nenek (Almarhumah Hjh Hasmah bt Hashim) pula banyak bercerita kisah-kisah dahulu yang dilaluinya. Arwah datuk sebelah ibuku (Almarhum Mahmud bin Maamor) pula banyak mengajar tentang kehidupan seorang nelayan. Maklumlah beliau seorang nelayan. Belajar memencing, berenang, manjaring dan sebagainya.
Aku juga terkenagkan bilakah aku akan pergi menghadap ilahi seperti mereka. Lirik nasyid yang didendangkan oleh Raihan iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
Bilakah kematianku akan tiba. Adakah aku telah bersedia menghadapinya. Persoalan yang jawapannya berada dalam diriku sendiri bukannya orang lain.
“ ibadah itu daripada hati yang takut dan bertaqwawalaupun sedikit akan memberi kesan positif pada peribadi “

Post a Comment