Jumaat 8 Mei 2009
Seperti yang dijanjikan, semua diminta berkumpul di Kolej Kediaman Sutera Indah dan Nilam Court sebelum jam 8.00 pagi. Alhamdulillah, aku sampai seawal jam 7.30 pagi. Hanya 3 orng sahaja yang lewat. Jaja,salmi n daus. Sementara menunggu bas, kani berbual-bual kosong. Ada juga yang pergi mengisi perut yang kosong.
Pada jam 9.05 pagi, bas pun tiba di Sutera Indah. Pelajar perempuan telah lebih dahulu menaiki bas. Setelah selesai memasukkan barng-barang di dalam bas, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju.
Aku memulakan sedikit kata-kata aluan sebelum membaca doa perjalanan. Mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan dengan turut serta dalam program ini. Takziah untuk pengarah program yang tidak dapat turut serta kerana demam. Sedikit kiasan untuk difikirkan bersama " masih ada yang lebih rela memadamkan api dirumah orang lain sedangkan rumah sendiri masih terbakar". Setelah itu,aku membaca doa agar perjalanan kami serta perjalanan program berjalan dengan lancar.
Kami berhenti seketika di R&R Seremban untuk bersarapan. Aku berbual-bual dengan Salmi. Sedikit kekesalan yang timbul dari cerita Salmi bahawa terdapat segelintir staff ataupun pegawai USIM seolah-olah memperlekeh mengenai pemakaian sopan ketika bersukan. Sungguh teramat kesal dengan perkara-perkara sebegini.
Alhamdulillah sekitar jam 11.40 pagi kami sampai di Kem Lambaian Danau, Kampung Chincin, Jasin Melaka. Kami disambut oleh En. Rosli (lebih dikenali sebagai Pak Let). Setelah mengeluarkan barang keperluan masing-masing, taklimat ringkas disampaikan oleh Pak Let. Juga sedukit sejarah mengenai kem tersebutdan terus memasang khemah. Setelah itu makan tengahari dan menunaikan Solat Jumaat.
Lebih kurang jam 2.30 petang, aktiviti dimulakan bersama cikgu Ghazali. Permainan " Raja Botol". Kami diminta membuat Ice Breaking dalam masa 30minit. Seteah itu, Pak Let dan cikgu memberikan penilaian. Mereka juga menunjukkan serta menerangkan cara-cara membuat Ice Breakin yang berkesan melalui aspek cara perlaksanaan, cara pembahagian kumpulan dan sebagainya. Riadah petangnya, Pak Let menjalankan aktiviti zapin Ayam, tinju tikus dan siapa cepat (cari kumpulan).
Setelah selesai menunaikan Solat, tazkirah disampaikan oleh Saudara Afiq bin Ali (MPP). Tazkirah menyentuh pebagai perkara antaranya hadith yang menyebut bahawa manusia sentiasa melupai 2 nikmat yang dikurniakan, sifat syukur (siapa bersyukur nescaya aku akan tambahkan), sifat tawadu', kematian, ukhuwah (kisah air dalam peperangan ikrimah, zaid dan Harith), usrah (tak menyakiti, kasihi orang lain, dahulukan orang lain dari diri sendiri).
Jam 9 malam, aktiviti bermula dengan mencipta trade mark kumpulan serta pembentangan mengenai sifat-sifat yang perlu dan tidak perlu ada pada seseorang fasilitator.
Antara sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peserta:
- Perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan.
- Mesti mempunyai kemahiran yang tinggi (mesti tahu apa yang kita nak sampaikan).
- Tahu cara kawal emosi peserta (mesti ada plan sampingan).
- Fasi mesti memberi galakkan kepada ahli kumpulannya.
- jangan ada perasaan putus asa.
- kreatif dan bernas (berfikir mengenai sesuatu yang peserta tidk terfikir).
- cekap memberi arahan.
- berkorban untuk peserta.
- pandai pupuk kepercayaan serta perasaan yakin peserta kepada fasi.
- tegas.
- mencurahkan segala ilmu yang dimiliki.
- fasi turut melakukan apa yang peserta lakukan.
- wujudkan saingan antara fasi dan peserta.
- selalu belajar memperbaiki kesilapan dan kelemahan.
- bersabar dengan karenah peserta.
- melihat keupayaan peserta melalui aktiviti yang dijalankan.
- prihatin dengan keselamatan peserta
- sentiasa berdisiplin.
Melalui penilaian secara peribadi, aku melihat bahawa perbezaan provoke antara cikgu dan abg zack cukup berbeza. Cikgu provoke untuk merungkai permasalahan yang tersembunyi manakala abg zack provoke adalah untuk menguji serta boleh menimbulkan rasa ketidak puas hati peserta kepada fasilitator. Aku juga melihat bahawa kita dapat menilai seseorang itu berdasarkan jawapan yang diberikan. Tanbahan juga, seseorang fasilitator juga tidak sepatutnya mempunyai apa-apa halangan dengan para peserta.
Sabtu 9 Mei 2009
Setelah seesai solat Subuh, kami semua bersarapan pagi. Aktiviti pertama pagi itu ialah Water confident. Aktiviti ini menguji sejauh mana seseorang itu yakin kepada diri sendiri. Sememangnya keyakina terhadap diri sendiri amatlah penting untuk menjadi seorang Fasilitator. Andainya tidak yakin, ini akan mencacatkan penampilan fasilittor tersebut. Ia juga menguji adakah keyakina itu dapat diwujudkan didalam apa jua keadaan sekalipun.
Aktiviti seterusnya adalah Kembara Berakit. Kami diminta membuat rakit sendiri mengikut kumpulan masing-masing juga mengikut citarasa yang sesuai. Aktiviti ini menguji kecekapan, kerjasama serta sifat toleransi antara satu sama lain. Laluannya cukup mencabar. Banyak yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini melalui motik aktiviti, suasana persekitaran serta malalui gaya juga persediaan yang ditunjukkan oleh Pak Let, cikgu den abg zack.
Setelah selesai solat Zohor, Pel Let menerangkan 10 tips yang perlu ada pada seorang Fasilittor. Sementara menunggu jam 2.30 petang, aku dan rakan-rakan yang lain sempat tidur sebentar kerana keletihan.
- Capai objektif program yang dijalankan.
- Jaga masa (buat sesuatu aktiviti berpandukan masa yang diberi)
- Belajar bersama (dengar pendapat kumpulan, berbincang bersama)
- Pandu Kelompok (bukan hasilkan keputusan perbincangan tapi Cuma padu kemana arah kelompok tersebut).
- Beri Pendapat (galakkan ahli kumpulam memberi pendapat, cari cara terbaik untuk peserta aktif, jangan pangkah atau kondem idea peserta).
- Rangsang sesuatu perbincangan (gukana cara yabg sesuai untuk menghangatkan sesuatu perbincangan).
- Selesa dan selamat (wujudkan persekitaran dan tempat yang selesa, beri peserta bebas bercakap).
- Sesi Soal jawab (wujudkan untuk menghidukan peserta yang pasif).
- Peka dengan keperluan peserta (hidupkan yang pasif agar bercakap serta jelaskan kepentingannay).
- Menjadi ahli kelompok (sentiasa bersama dengan kumpulan masing-masing).
Seterusnya kami mengikuti aktiviti kayak safari. Mencabar sungguh aktiviti ini. Menguji kesabaran dengan pasangan masing-masing serta kecekapan mengendalikan kayak. Kami meredah serta melawat kawasan tasik tersebut. Sungguh indah Ciptaan Tuhan. Setelah selesai mengikuti aktiviti kayak safari, kami racing kayak untuk pulang ke kem.
Malamnya, setelah selesai solat aku mengadakan sedikit post moterm sesama kami mengenai program yang kami ikuti. Pelbagai respon yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat sama ada positif ataupun negatif.
Setelah makan malam, aktiviti yang dijalankan ialah kreatif dan inovatif. Secara peribadi aku kurang mengerti juga memahami motif serta objektif aktiviti tersebut. Aku juga rasa ingin melenting dan melawan semula provoke dari abg zack. Namun, aku hanya pendamkan sahaja.
Seterusnya, aktiviti Pengucapan Awam. Pak Let meminta sesiapa sahaja yang bersedia untuk memulakan aktiviti ini. Aku bersedia. Aku deminta menceritakan tentang lampu. Aku mengatur sedikit isi serta cakap apa sahaja yang terlintas berdasarkan pembacaanku selama ini. Beberapa peserta lain juga diberikan tajuk yang berbeza seperti Lintah, cerita tentang Pak Let dan sebagainya.
Antara yang perlu ada semasa pengucapan awam yang disentuh oleh Pak Let dan cikgu ialah:
- Jangan ego
- Pandai serta cekap menghurai isi.
- wujudkan minat pendengar untuk mendengar.
- Body Languagu
- Eye contact
- Percakapan mesti jelas dan nyata.
- Baca,prihatin dengan keadaan, situasi pendengar.
Ahad 10 Mei 2009
Pagi itu, aktiviti untuk riadah dikendalikan oleh Salmi dan Din. Mereka membawakan managment game sungai asid dan katak toi. Abg zack dan cikgu turut serta dalam aktiiti tersebut. Setelah itu, penilaian diberi bedasarkan aktiviti tersebut.
Setelah itu, kami dibawa melihat sekitar kawasan-kawasan bekas lombong. Kami mengemas kembali khemah masing-masing dan barang masing-masing. Kemudian, aktiviti seterusnya dikendalikan oleh Fami dan Taufiq iaitu Pulau Impian. Seterusnya kami mengikuti majlis Perasmian Program MPP dan makan tengahari, solat Zohor serta bertolak pulang ke USIM.
Post a Comment