"ai, apesal masam je muke bdk tu ek mat" bisik Hilmi kepada Rahmat.
"entah la miy, aku pn tak tahu" ringkas jawab Rahmat kepadaHilmi.
"agaknye die memang macam 2 kot, sombong" Balas Hilmi.
"ish ko ni miy, jangan sangka yang bukan-bukan" tegah Rahmat.
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelaha
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela........
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana
Bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakanapi..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
SANGKA-SANGKA?
This entry was posted on Wednesday, September 30, 2009 and is filed under SENYUM TIGA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
Post a Comment