
17-18 Oktober 2009...
Kem Teratak Hijjaz, Sepang...
K-Ibad pada kali ini saya cuba Tanya soalan yang sama kepada peserta seperti K-Ibad minggu lepas...
“anggota wajib wudu’ ada berapa” Tanya saya kepada peserta K-Ibad.
Ada yang dengan spontan menjawab 3…
Ada juga yang masih mencongak-congak untuk kepastian berapa anggota wajib wudu’…
Namun ada juga yang menjawab 4...
Ya, jawapan yang betul...tetapi bila ditanya apa die yang 4 tu, mule la tergaru-garu...
Bila dikira sama-sama, anggotanya bertambah menjadi 6...
Kesimpulan yang sama juga dapat saya buat bedasarkan cara peserta-peserta mencongak berapa agaknya anggota wudu’, saya membuat kesimpulan bahawa mereka tidak dapat membezakan mana anggota yang wajib mana anggota yang sunat. Tetapi semuanya mereka buat ketika berwudu’…
Kursus Pengukuhan Ibadah (K-Ibad) 2
Alhamdulillah, walaupun agak lambat juga untuk menulis mengenai kem i-bad siri 2 ini, tapi saya rasa perlu untuk menulis kerana ingin membuat beberapa perkara.
Peserta kali ini agak agresif berbanding minggu lepas. Ada yang memang tak reti duduk diam. Ceria sepanjang masa.
Jumlah peserta juga bertambah berbanding minggu lepas. Aktiviti kali ini pada sebelah petang kami buat explorace.
Antaranya, peserta diminta melakukan praktikal menggunakan pasir dalam bertayamum. Geli hati saya melihat gelagat mereka.
WALAU APA PUN...YANG PENTING MEREKA SEMUA SUNGGUH BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR...TAHNIAH...BAGUS...
Semangat mereka itu yang membuatkan kami bertambah semangat dalam penyampaian ilmu..
semoga sama-sama dapat beramal..Ameen..
( keadaan peserta selepas diadakan sedikit aktiviti sukaneka)
(para fesi, trainer, pemantau: berdiri dari kiri, Hazwa, K.halimah...
duduk dari kiri, Faizal, Abi (abg mus), En.Amali, penulis )
Kursus Kesempurnaan Ibadah (K-Ibad) 2
This entry was posted on Monday, November 2, 2009 and is filed under KEM PELAJAR. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
Post a Comment