10-11 Oktober 2009
Kem Impian Rimba, Hulu Langat Selangor.
“anggota wajib wudu’ ada berapa” Tanya saya kepada peserta K-Ibad.
Ada yang dengan spontan menjawab 3…
Ada juga yang masih mencongak-congak untuk kepastian berapa anggota wajib wudu’…
Bedasarkan cara peserta-peserta mencongak berapa agaknya anggota wudu’, saya membuat kesimpulan bahawa mereka tidak dapat membezakan mana anggota yang wajib mana anggota yang sunat. Tetapi semuanya mereka buat ketika berwudu’…
Kursus Pengukuhan Ibadah (K-Ibad)
Alhamdulillah, walaupun agak lambat untuk menulis mengenai kem i-bad siri 1 ini, tapi masih ada yang ingin dicoretkan. Ini kali kedua saya berkerjasama dengan Abg Mustaqim (Abi) dalam program Smart Excell Konsaltan.
Pelbagai ragam peserta-peserta dalam kem tersebut. Antara fasilitator yang terlibat dalam kem itu ialah kak halimah, wahida, faizal dan saya sendiri.
Dalam kem tersebut, kami menceritakan serta menghuraikan tenteng kesempurnaan ibadah. Dalam pengisian slot, Abi banyak menghuraikan perkara-perkara yang tertumpu kepada teori tetapi ada juga diselitkan dengan amalan praktikal.
Hampir hilang akal kami dibuatnya apabila peserta agak kurang agresif dan hanya mendengar dan kurang bertanya.
Bermacam-macam gaya kami lakukan untuk menarik minat peserta kepada Penyempurnaan Ibadah dan supaya mereka tidak menganggap Ibadah suatu yang menyusahkan…
WALAU APA PUN...YANG PENTING MEREKA SEMUA SUNGGUH BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR...TAHNIAH...BAGUS...
Semangat mereka itu yang membuatkan kami bertambah semangat dalam penyampaian ilmu..
semoga sama-sama dapat beramal..Ameen..
Kursus Kesempurnaan Ibadah (K-Ibad) 1
This entry was posted on Monday, November 2, 2009 and is filed under KEM PELAJAR. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.
Post a Comment