PERJUMPAAN BERSAMA TNC HEPA




ISNIN, 28 Disember 2009..
Dewan Kuliah Fakulti, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan...

Sebelum menjelang tahun baru 2010 yang akan muncul beberapa hari sahaja lagi, satu pertemuan bersama Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni telah diadakan. Hal ini berikutan pengumuman serta perbincangan mengenai perancangan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

Pertemuan ini dihadiri oleh Majlis Perwakilan Pelajar, wakil Ahli Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan, Kelab-kelab dibawah Fakulti, JAKSA Kolej-kolej Kediaman dan beberapa orang pelajar antarabangsa.

Pertemuan ini dimulakan dengan penerangan mengenai kekurangan peruntukan kepada Universiti. Ini bukan sahaja melibatkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar sahaja, malah semua jabatan termasuklah semua Fakulti.

Menurut Dato, TNC, kita semestinya melakukan pelbagai cara bagi menangai perkara ini. Penjimatan dari segala segi perlulah dilakukan oleh semua warga USIM sama ada diperingkat pelajar mahupun pegawai.

Antara lain, beliau menyentuh beberapa perkara antaranya ialah mengenai kewujudan kafe di bangunan yang berhimpiran dengan Pusat Komersial (PK). Ini adalah kerana kafe-kafe di situ kurang mendapat sambutan dikalangan pelajar. Juga Mesin ATM CIMB yang juga tidak mendapat sambutan serta penggunaannya olah para pelajar.

Melalui pendapat secara peribadi, hal ini terjadi adalah kerana factor kedudukan yang jauh dan pelajar tidak mempunyai kenderaan. Selain itu juga, Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) yang lebih mendapat sambutan dan penggunaan yang membanggakan adalah kerana ia menjadi tumpuan semua pelajar. Ini berikutan kerana kedudukannya yang strategik berada di tengah-tengah antara Fakulti Syariah dan Undang-undang, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulri Sains dan Teknologi dan juga Fakulti Quran dan Sunnah. Selain itu juga, ia berhimpiran dengan pusat kemudahan pengangkutan disediakan.

Beberapa soalan diajukan ketika sesi soal jawab dijalankan. Anrtaranya ialah:
1) Mengenai kewangan Pelajar-pelajar Master dan PHD.
2) Kedudukan Tabung Pengetua ketika krisis kekurangan peruntukan ini.
3) Elaun yang diberikan kepada para Pendebat.
4) Kelewatan pelajar dalam menerima Pinjaman melalui Kerajaan Negari Oleh pihak Bendahari.
5) Ketiadaan Jurulatih kepada Pasukan Debat Bahasa Inggeris.
6) Fenomina pelajar lebih selesa tinggal di luar Kolej.
7) Cadangan untuk memeriahkan serta menggalakkan pelajar untuk menggunakan Pusat Komersial (PK).
8) Keselamatan pelajar di Kolej Kediaman.
9) Keutamaan dalam penganjuran program-program ketika krisis kekurangan peruntukan ini.
10) Penganjuran program yang dijalankan selaras dengan Nama Universiti Sains Islam Malaysia.

Semua persoalan dijawab oleh Dato’ TNC dengan penuh hikmah agar dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan. Walaupun begitu, ada juga segelintir pelajar yang kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana bagi mereka jawapan itu tidak terperinci dan memuaskan.

Gembira bersama USIM…

This entry was posted on Monday, December 28, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.