PROGRAM REMAJA PERDANA ( PReP )

BERSAMA PESERTA


21-26 Disember 2009...Jeram , Selangor Darul Ehsan.

Program ini bertempat di Sekolah Agama Menengah Jeram...

Setelah selesai menghadiri Induksi Skuad Prihatin (SP)(LINK) di Pontian Johor, penulis terus bergegas pulang ke Nilai, Negeri Sembilan kerana akan mengikuti Program Remaja Perdana (PReP) anjuran Lembaga Zakat Selangor yang dikendalikan olah Smart Excel Konsaltant di Jeram Selangor.

Walaupun agak keletihan, tetapi demi berkhidmat untuk masyarakat dan Islam, penulis menggagahkan diri juga.

Program ini bersiri, iaitu siri pertama pada 21-23 Disember 2009. Kesemua peserta pada siri pertama adalah lelaki dan siri kedua pada 24-26 Disember 2009 pesertanya adalah perempuan.

Program ini adalah khusus untuk anak-anak yang mendapat bantuan zakat dari kerajaan negeri.

Penulis merasakan bahawa, program kali ini adalah sangat mencabar diri. Penulis rasa tercabar dari segala aspek sama ada luaran mahupun dalaman. Kini, penulis merasakan bahawa, kita sememangnya amat kekurangan pendakwah-pendakwah dikalangan anak muda. Anak muda hari ini hanya memberikan alas an bahawa mereka sibuk dengan pelajaran di universiti, juga diri tidak cukup baik untuk menjadi pendakwah. Alasan yang sengaja di ada-adakan.

Adakah meraka yakin, dengan menumpikan perhatian dengan sepenuhnya di universiti akan menjadikan mereka seorang yang berjaya? Ataupun itu hanya untuk kepentingan sendiri agar mendapat pekerjaan yang baik untuk menyara kehidupan?

Jika mereka mengatakan bahawa, ketika zaman belajar tiada masa untuk turut berdakwah kerana kesibukan denhan kuliah dan segala macam. Dan mereka mengatakan bahawa akan menjalankan kerja-kerja dakwah setelah tamat belajar.

Jadi, sejauh mana perkara itu dapat dilaksanakan. Atau mungkin akan timbul pula alas an bahawa mereka sibuk dengan pekerjaan dan tambah pula apabila telah berkahwin dan mempunyai anak. Semestinya anak dan isteri pela akan dijadikan alas an.

Penulis teringat akan sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat di Mesir sempena hari lahir ke 21 bertajuk Juru Bicara Al-Quran. Buku ini dimulakan dengan satu persoalan yang timbul “hari ini aku telah beragama Islam selama 21 tahun. Apakah aku mampu menerangkan kepada orang-ornag bukan Islam apa itu Al-Quran? Apa itu Islam”. Persoalan yang ditimbulkan dalam diri sendiri.

Jadi, penulis menyeru kepada diri sendiri dan umat Islam yang lain, bangkitlah dan marilah bersama-sama menyampaikan dakwah Islam. Ramai orang-orang di luar sana yang memerlukan kita.

Akhir kata, Pak Natsir ad menyatakan bahawa “mahasiswa yang cemerlang bukan hanya lahir dari bilik-bilik kuliah sahaja”.

BARISAN FASILITATOR

This entry was posted on Monday, December 28, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.