HIJRAH ILMU SIRI 2

5-7 Februari 2010...

"Kamu bila besar nanti nak jadi apa?" tanya saya kepada beberapa orang peserta...

"saya nk jadi chef" jawab salah seorang daripada mereka.

"saya nak jadi guru" sampuk seorang lagi.

Alhamdulillah, kebanyakan peserta sudah mempunyai cita-cita tersendiri. Semoga apa yang di impikan dapat dicapai.



Program kali ini saya rasa agak keletihan berbanding minggu sebelumnya. Pada asalnya, tarikh ini saya perlu pulang ke Negeri Kelahiran kerana harus mengikuti Bengkel Latihan Dakwah (LEDAK). Saya sebagai wakil Skuad Prihatin. Tetapi disebabkan masih berada di negeri "Hobin Jang Hobin" ini dan beberapa perkara lain, saya membatalkan penyertaan itu. Saya mengambil keputusan untuk mengikuti kem ini.

Pada kali ini, saya membuat sedikit kelainan berbanding minggu lalu. Dengan sedikit input yang saya dapat ketika Kem Gemilang FSU oleh Dr Fadzilah Kamsah saya kongsi bersama peserta. Segala matlamat dan niat mestilah jelas. Itu perkara pertama yang saya tekankan kepada peserta.

Pelbagai teknik, cara, kaedah yang sesuai untuk mereka telah disampaikan dengan berkesan oleh penceramah atau Trainer iaitu En. Ilyas Ismail.



Program berakhir dengan jayanya. Peserta pulang dengan semangat yang membara untuk terus berusaha mencapai kejayaan didunia dan akhirat...

Ameen...

This entry was posted on Thursday, February 11, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.