SYUKUR GEMBIRA



Petang tiada hujan
Panas mengganas
Jiwa keletihan
Kalam kehilangan perkataan

Lembaran warkah dinukilkan
Tulus
Tiada yang ketahuan akan keiklasan melainkan Tuhan
Manusia tidak punya kuasa

Akan Mengalir
Cuba ditahan
Air mata keterharuan bercampur kegembiraan
Atas segala kurniaan Tuhan

"Bukan pertemuan yang melakar keindahan, bukan ucapan yang mencoret kecintaan, tetapi ingtan dalam doa kepada Ilahi sahaja tanda ukhwah yang suci.." (al-Imam Ghazali)

Nukil kata diserap jiwa
Fahami akan erti
Setiap bait yang terucap
Tertusuk sanubari

Tuhan
Tiada terdaya diri ini
Melangkah
Menapak
Berlari kearah
Tetapi dicari gagah
Untuk tidak mengalah
Jumaat
3:00am
Desa Anggerik

This entry was posted on Thursday, February 11, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.