MISI CERAPAN HILAL

MISI CERAPAN HILAL RABIULAKHIR 1431H
AL-KHAWARIZMI, TANJUNG BIDARA MELAKA..



Misi melakukan cerapan hilal bersama YDP Persatuan Falak Syarie Malaysia Tuan Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka. Setelah beberpa minggu melakukan gerak kerja untuk program berkenaan, akhirnya selamat dijayakan.


Bermula di Akasia, Jati, Sutera dan seterusnya di Nilam Court. Pengarah memulakan bicara dengan sedikit aluan ucapan Syukur kerana program ini Berjaya dijayakan. Alhamdulillah.



Seterusnya sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung. Waktu kemuncak program ini ialah hanya selama 14 minit sahaja. Iaitu sewaktu Matahari Ghurub dan Munculnya hilal.



Sedikit provokasi sengaja ditimbulkan agar kerjasama antara pelajar junior dan senior dapat dieratkan. Alhamdulillah, di akhir program pengarah memaklumkan kepada semua peserta bahawa itu hanyalah satu provokasi yang disengajakan agar kerjasama dapat dipupuk.



Setibanya di Balai cerap al-Khawarizmi, kami terus menunaikan solat asar secara berjemaah. Seusai solat, kami berkumpul di Bilik Seminar Balai Cerap Bangunan Lama untuk sedikit taklimat yang akan disampaikan oleh Dr. Kassim Bahali (dari Balai Cerap Al-Khawarizmi) dan juga Pensyarah kami.


Setelah itu, lebih kurang jam 6.45 petang segala kelengkapan untuk melakkan cerapan disiapkan dengan kemas. Peralatan yang kami bawa adalah Theodolite dan juga Bainokular.



Namun, cuaca tidak mengizinkan. Hari semakin mendung dan akhirnya hujan turun. "agaknya, bila budak-budak USIM dating je mesti hujan" gurau Dr. Kassim. Kami tertawa.Sedikit sambungan taklimat daripada Dr. Kassim dan tepat jam 9.00 kami bersiap untuk pulang.



Gambar kenangan bersama Dr. Kassim Bahali dan Tuan Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer.

This entry was posted on Monday, April 12, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.