Menjaga kebersihan adalah dituntut oleh ISLAM keatas umatnya?
Apa yang dimaksudkan dengan kebersiahan?
Bersuci atau Taharah adalah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam bentuk yang boleh dirasa seperti najis ataupun sesuatu yang mengaibkan atau sifat-sifat keji.
Antara perkara yang menunjukkan bahawa Islamamat mengambil berat akan kebersihan ialah:
1) Tuntutan berwudu' apabila ingin mendirikan sembahyang. Ini kerana apabila kita berwudu', kita akan membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan kaki.
2) Perintah untuk mandi pada waktu-waktu tertentu. Antaranya ketika hadas besar.
3) Perintah supaya memotong kuku, bersugi(menggosok gigi) dan membersihkan pakaian.
Hikamh menjaga kebersihan?
1) Satu tuntutan fitrah. Kerana manusia yang cenderung kepada kebersihan.
2) Menjaga kemuliaan manusia.
3) Menjaga kesihatan. Ini kerana, dengan kebersihan kesihatan akan terjamin.
4) Beribadah kepada Allah dalam keadaan yang suci dan bersih.
Selamat Mencuba..=)
Post a Comment