Sekitar Julai 2010, tidak banyak peristiwa yang ingin saya kongsikan. Cuma hanya beberapa perkara sahaja antaranya JLS 1928 dilanggar, menjadi pengapit untuk Pernikahan sahabat saya Syazwan Hafidz (LINK), temuduga untuk ahli baru ULPM (LINK) dan Kursus Penolong Jurulatih Efektif dengan NLP (LINK).
Dalam perjalanan pulang dari Nilai ke Johor, tayar JLS 1928 depan sebelah kiri hampir-hampir meletup. Tiba di perhentian Yong Peng, saya gantikan dengan tayar ganti. Bila tiba di Ca'ah segamat, tayar depan sebelah kanan juga hampir meletup. Akhirnya ganti dengan tayar baru.

Waktu lebih kurang jam 10.30 pagi. Saya pergi ke pasar Masai untuk membeli beberapa tandan pisang. Untuk mak saya berniaga pada petang itu. Kebiasaannya ayah yang pergi membilinya, tetapi ayah saya pulang ke Segamat atas urusan tertentu. Dipendekkan cerita, sewaktu perjalanan pulang, kereta saya dilanggar orang. Agak menggelabah juga saya pada ketika itu. Ye la, tak pernah terjadi sebelum ini. Mujur kebetulan pak cik saya lalu disitu. Beliau bantu menyelesaikannya.

Tarikh 8 Julai 2010. Tarikh pernikahan sahabat saya Syazwan Hafidz bib Ahmad dengan pilihan hati beliau. Apa pun, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Saya diminta menjadi pengapitnya. Haha, lawak gak sebab tak pernah menjadi pengapit. Pernah suatu ketika, kami masih di bangku sekolah. Saya berkata dengan beliau, "wan, nnti aku jadi pengapit ko mase ko kawen. Pas 2 mase aku kawen ko plak jd pengapit aku" kami tertawa. Tak tahu lah die ingat lagi atau tak. Ketika sedang makan, mak wan berbisik kepada saya. "hamka bila plak nak kawen. dh ada calon? Saya tersenyum dan berkata "lama lagi la mak cik. calon pn xada lagi".
Sekitar tarikh 30-31 Julai dan 1 Ogos, saya mengikuti Kursus Penolong Jurulatih Efektif dengan NLP anjuran Smart Excell Konsaltant bertempat di E-Class Training Centre. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan sepanjang kursus tersebut. Tanpa dijangka, saya dapat Top 1 untuk kursus tersebut. heheh. Alhamdulillah. Semoga apa yang saya pelajari akan bermanfaat untuk diri, masyarakat dan agama.
Akhirnya, moga hari-hari yang mendatang akan lebih bermanfaat buat diri saya.

Post a Comment