TEAM BUILDING ULPM



Alhamdulillah...
Program Team Building Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa berjaya dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...

Terima kasih kepada Pengarah Program Cik Raihan yang memberikan kepercayaan kpd HM untuk mengisi beberapa pengisian. HM menggunakan kaedah atau pendekatan NLP seperti yang diajar oleh sifu-sifu HM. Amlahdulillah peserta begitu teruja..

Program bermula dengan 'Ice Breaking'..
HM mengajak agar peserta memikir dan menetap serta membina matlamat yang jelas "mengapa mengikuti Team Building ULPM ini"..




Peserta memberikan respon yang cukup positif. Matlamat perlu jelas agar mereka tidak merasakan kekosongan apabila program selesai. Beberapa kativiti juga diselitkan agar peserta mesra dan tidak janggal bersama ahli dan kawan-kawan baru.

Petang jam 2, aktiviti outdoor dikendalikan oleh pihak kem. Kami semua terhibur. Ukhuwah dapat dieratkan.

Selesai aktiviti, kami sempat bergambar bersama-sama. Basah. Kehujanan. Penat berakit. Penat ketawa bersama. Pelbagai gelagat peserta-peserta program..


Malam, selesai solat berjemaah sedikit perkongsian maklumat yang HM sampaikan kepada semua peserta. Gembira rasanya dapat solat secara berjemaah dalam program-program yang dijalankan. Harapan agar ia dapat dikekalkan dalam program-program yang lain juga.


Perkara yang dikongsikan bersama peserta ialah:
1) matlamat yang jelas
2) perlunya bekerja bersama-sama (taaruf)
3) minda manusia
4) kebebasan memilih
5) penetapan hati
6) Cipta sejarah baru
7) santai dan ceria

Malam itu, santapan istimewa untuk kami. Set BBQ yang disediakan oleh pihak kem. Sebelum itu, sedikit kata aluan yaang disampaikan oleh Puan. Z.

Malam itu juga, persembahan kumpulan. Ala-ala malam "mencari bakat". Sungguh kreatif. HM berikan 5 perkataan untuk mereka persembahkan.
1) Kaki
2) Perut
3) Tangan
4) Bahu
5) Lutut

Ada maksud yang tersirat cube HM sampaikan. Namun tiada peserta yang bertanya. Biarlah rahsia..hehehe
Seperkara lagi yang HM lupa untuk berkongsi ialah cerita tentang "memanda menteri dan praktis tuanku"..

Pagi Ahad yang indah, kami Subuh berjemaah. Seusai itu, tazkirah disampaikan oleh sahabat HM, hisyam. Pengisian yang mantap. Khalifah, pemimpin, tanggungjawab serta Nilai seorang Hamba kepada Tuhan Pencipta.

Jam 8.30 pagi, HM cuba bawakan modul "bagaimanakah keputusan anda". Disamping itu, HM cuba membuat peserta untuk mengeluarkan pendapat serta berani untuk bercakap di khalayak ramai. Alhamdulillah, respon yang cukup memuaskan serta keterujaan yang tinggi ditunjukkan oleh peserta.

Jam 10.30 pagi, perkongsian dan penerangan mengenai protokol dan etiket sosial disampaikan oleh Taufik Othman. Segala mengenai protokol dalam sesebuah majlis dikongsikan.

Program selesai. Amat fantastik..

YES or YES!!!!!

-untuk melihat gambar sepanjang program (GAMBAR)-

This entry was posted on Sunday, January 23, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “TEAM BUILDING ULPM”

@taufiqhelios said...

wah! semangat ekau yek!!!

Anonymous said...

trimas sangat2