GELANGGANG



“Siapa kau” teriak kasut mewah.


“Aku sang pembela. Datang menuntut keadilan” pantas jawapan dari kasut biasa.


“apa yang ingin kau bela? Keadilan apa yang kau mahukan?” bentak kasut mewah. Sedikit marah dengan jawapan tadi.

Diwaktu yang sama, entah muncul dari mana sang penjaga kasut mewah yang lain seolah-olah berteriak dalam bisik. Mengarah agar kasut-kasut biasa menanggalkan kain putih yang menutupi kepala mereka. Yang memakai akan digelar pak haji. Merasakan kain yang dipakai itu menyalahi peraturan dan etika yang ditetapkan. Kain itu hanya sesuai dipakai di dalam surau sahaja.




“tu, yang putih tu bukak. Simpan.” Bentak mereka. Cetek pemahaman mereka.

“dulu kami dicampak sesuka hati, hanya kerana tidak pergi majlis makan malam, tidak pergi pertandingan debat, tidak pergi sambutan merdeka tetapi itu semua hanya alasan kosong.”


“dan sekarang Gelanggang yang pernah dipenuhi dengan majlis ilmu, pernah dibicara soal ummah nak kau kotori?”


“tidak malukah kau dengan apa yang kau lakukan?”


“kau mulakan pembukaan gelanggang dengan bacaan doa agar diberkati, tetapi kau sendiri yang merencana majlis gelanggang dengan tari-menari. Semacam apakah doa yang kau pinta?"


“tidak jelaskah kau akan matlamat? Butakah kau dalam celik?”


“tidakkah gelanggang itu dibuka untuk mengangkat kasut-kasut yang berjasa? Owh, ya. Kasut yang berjasa mengikut lakaran kau”


Sinis. Bisu. Tiada suara. Sepi.


Penjaga kasut-kasut mewah begitu sibuk amat. Bagaikan ayam yang beru menetas telurnya. Berteriak sana sini. Pantau agar tiada kekecohan dalam apa jua gelanggang yang dibuka. Sedang sibuk berteriak, entah kemana harta kasut biasa yang lesap dipinjam pencuri.


Pelawok…pelawok…pelawok…

Jumaat. 22 April 2011.

This entry was posted on Monday, April 25, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

3 Responses to “GELANGGANG”

Anonymous said...

smbungan dr cite kasut ari 2..mksud mndalam tuuuu...

anak selangor said...

mantaplah ka.. bagus.. sentiasa menyatakan kebenaran walau tidak dibenarkan.. =)

Unknown said...

:-)