BERGAUL DENGAN KANAK-KANAK



Nabi Muhammad S.A.W bergaul baik dengan kanak-kanak. Layanan baginda kepada mereka juga begitu baik. Secara tidak langsung, baginda mempamerkan asas dalam pendidikan untuk kanak-kanak. Seperti mana yang sedia maklum, kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik. Ini kerana semua manusia yang dilahirkan adalah dengan fitrah yang baik. Ini kerana, bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci dan bersih dari segala kekurangan. Dan dengan kesucian itu, Nabi Muhammad S.A.W memeliharanya.

Belaian kasih sayang kepada kanak-kanak yang ditunjukkan oleh adalah baginda suka menghidu, mendakap dan mencium mereka.Ia juga merupakan ibadah. Ini kerana mencium dan mendakap kanak-kanak adalah menunjukkan sifat rahmat dan kasih sayang.

Pernah suatu ketika seorang sahabat dan juga beberapa orang Badwi melihat Baginda dan berkata : Ya Rasullullah kamu mencium kanak-kanak kamu? Nabi menjawab : Ya, Lalu mereka berkata : Sesungguhnya kami tidak mencium kanak-kanak kami. Rasulullah bersabda lagi : Apa yang akan aku buat untuk kamu, andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu. Ada juga antara sahabat yang melihat Baginda bermain bersama Hasan dan Husin.

Nabi Muhammad S.A.W juga mempunyai sifat kasihan kepada kanak-kanak. Baginda begitu melindungi kanak-kanak. Suatu ketika sedang baginda bersolat di masjid, Umamah binti Zainab datang kepada baginda dan memanjat belakang baginda. Pada ketika itu baginda sedang bersujud. Lamanya baginda bersujud sehinggakan para sahabat menyangkakan baginda mengalami kekejangan otot. Setelah selesai bersolat, baginda bersabda “sesungguhnya anak perempuanku ini duduk di atasku, dan aku tidak mahu mengganggunya. Baginda menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri kanak-kanak. Ini adalah kerana merupakan waktu yang sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.

Satu peristiwa yang mengingatkan saya akan sifat Baginda terhadap kanak-kanak ini adalah ketika menunaikan solat Isyak di surau berdekatan rumah sewa saya. Jemaah disebelah saya membawa anak kecilnya bersama ke surau. Beliau tertinggal rakaat yang pertama. Setelah imam selesai, ketika itu anaknya memaut bahunya dan bermain-main disitu menyebabkan beliau tidak terus bangun untuk menyempurnakan rakaat terakhir. Anaknya masih lagi memaut bahunya.

Saya yang berada disebelahnya terus mengambil anaknya dan terus berada dipangkuan saya. Setelah itu, barulah si ayah bangkit menyelesaikan solatnya. Anak kecil itu tadi tersenyum melihat ayahnya walaupun tidak mengerti apa yang ayahnya sedang lakukan.

Sungguh indah akhlak yang diajarkan oleh Baginda S.A.W. Moga-moga dapat di amalkan oleh semua umat Islam.

This entry was posted on Sunday, January 1, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “BERGAUL DENGAN KANAK-KANAK”

~qielasan~ said...

aku cam kenal jek pic yang bawah tu...