PERCAYA DENGAN DIRI SENDIRI



Saya menerima satu perkara iaitu seorang pelajar berkongsi kesedihan kerana keputusan Exam Mid Term yang kurang memberangsangkan. Katanya "the worse exam I had".

Saya menimbulkan 1 persoalan "bagaimana boleh jadi seperti itu"

Pelajar tersebut memberitahu "mungkin kerana saya tidak mengulang kaji pelajaran". (Kelakuan)

Kembali saya menyoal "Bagaimana nak pastikan selepas ini ia menjadi 1 kejayaan yg mengembirakan kamu"?

"saya kene tingkatkan usaha. kene study. saya dah siapkan jadual study saya. cuma, bagaimana saya nak beritahu ibu akan keputusan exam mid term saya ini" jawabnya. (Kepercayaan dan Nilai)

Bedasarkan perbualan awal, secara zahirnya beliau menyedari akan kesilapannya sendiri. 

Dalam perbualan awal ini, saya cuba mengenal pasti akan tahap Peringkat Logikal Label untuk membantu beliau menyelesaikan masalahnya. 

Peringkat Logikal : mengenai andaian-andaian bahawa setiap manusia beroperasi mengikut tahap-tahap tertentu yang membentuk model dunia. Setiap insan hidup dan beroperasi dalam suasana persekitaran mengikut konteks masa yang sedang di alaminya. 

Dalam erti kata yang lain, Peringkat Logikal ini boleh dijadikan 1 garis panduan dalam mengenal pasti konflik yang berlaku bagi memudahkan ia diselesaikan.

7 Peringkat Logikan :
          Kerohanian
          Identiti Diri
          Kepercayaan dan Nilai
          Keupayaan
          Kelakuan
          Persekitaran
(Rujukan : Buku NLP untuk Guru)

Saya mengenal pasti bahawa yang pertama ialah Peringkat Logikal diperingkat Kelakuan. Kelakuan pelajar tersebut yang tidak mengulangkaji pelajaran, menyebabkan keputusan Mid Term nya kurang memberangsangkan. Masalah diperingkat ini telah selesai kerana ia menyedari akan kesilapannya serta telah membuat tindakan perubahan untuk memastikan Peperiksaan akan datang mendapat keputusan 7A (akan saya terangkan kemudian).

Peringkat Logikal yang kedua ialah Kepercayaan dan Nilai. Ini bedasarkan kepada "bagaimana saya nak beritahu ibu akan keputusan exam mid term saya ini".

Beliau percaya, bahawa keputusan mid term nya itu akan membuatkan ibunya berasa sedih. Kepercayaan in membuatkan dirinya rasa bersalah atas kesilapan yang dilakukan. Beliau ingin memberikan ibunya Nilai kegembiraan dengan kecemerlangan yang diperoleh dalam peperiksaan yang beliau hadapi.

Saya cuba memandu pelajar tersebut untuk berfikir secara moving toward dan mengajak beliau agar terus berfikiran positif.

Apabila jawapan beliau seperti ini "saya kene tingkatkan usaha. kene study. saya dah siapkan jadual study saya. cuma, bagaimana saya nak beritahu ibu akan keputusan exam mid term saya ini" jawabnya.

Saya menjawab "ha, bagus. Lepas ini kamu kene fokus untuk menjadi lebih hebat. Pada fikiran kamu, bagaimana nak beritahu ibu"?

"tak tahu. takot" jawab pelajar berkenaan.

"cara paling mudah bagaimana agaknya?" saya kembali menyoal.

"terus terang" jawabnya.

"itu cara yang terbaik"? soal saya untuk kepastian.

"mungkin. tapi nanti ibu akan sedih" jawabnya sayu.

"bagaimana untuk pastikan ibu gembira dalam situasi begini?" tanya saya.

"tak tahu. no idea. abg tak ada idea ke" jawabnya.

"cube fikir dahulu ye. idea kamu lagi power" balas saya dengan senyuman. saya beri masa kepadanya untuk berfikir.

Setekah berfikir, beliau menjawab "ok, macam ni. Balik rumah nanti, saya tolong ibu memasak, tolong buat kerja-kerja rumah sikit, kemudian beritahu pelan-pelan keputusan mid term. Then, deal untuk bagi keputusan yang Cemerlang untuk Trial Exam".

"idea yang bernas dan powerful" jawab saya.

"okeh. saya deal ngn abg jugak untuk dapat 7A dalam trial SPM" katanya.

"okeh. abg tunggu 8A dari kamu" jawab saya membakar semangatnya.

"jangan terkejut bila saya dapat bagi 8A kt abg" katanya.

"tak terkejut sebab itu memang hak kamu" tambah saya.

"you give me the spirit. THANK YOU" balasnya.

Saya berharap, agar pelajar tersebut dapat mencapai impian yang telah beliau tetapkan. Semoga Terus Berjaya.



This entry was posted on Sunday, May 20, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “PERCAYA DENGAN DIRI SENDIRI”

Sunnah Goat Farm said...

Assalamualaikum hamka idris...

sangat menarik program-program yang dijalankan...

cuma nak tanya...apa beza yakin dengan percaya...?

adakah sama je...?

Sunnah Goat Farm said...

assalamualaikum hamka

saya dah baca entry ini, sangat menarik...cuma nak tanya..

percaya dengan yakin...apa bezanya?

ke sama je...?