HARGAILAH DIRIMU KAWAN



Salam Fantastik.

Bagaimana kehidupan anda?
Bagaimana juga dengan minda anda pada hari ini?

Moga-moga ia sentiasa ceria dan positif agar kehidupan yang dilalui akan terus disinari kebahagiaan dan kejayaan.

Saya yakin, pada ketika ini anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah yang dikatakan "HARGAI DIRIMU KAWAN". Anda juga merasakan keterujaanagan diri jika dapat merasai, memperlihatkan serta mendengarkan bahawa anda adalah seorang yang pandai dan bijak untuk menghargai diri sendiri.

Ramai orang sering memperkatakan bahawa "hargailah apa yang ada didalam kehidupan kita sebelum ia nya pergi". Lalu timbul persoalan bagaimanakah yang dikatakan kita menghargai apa yang kita miliki itu. Dengan cara apakah kita menghargainya? Saya tinggalkan persoalan ini agar anda bisa memikirkan jawapannya.

Tatkala kita melihat individu-individu yang hebat dan popular, maka akan terdetik dalam hati kita alangkah bahagianya andai kita dapat bertemu dengan individu tersebut. Lantas kita juga akan mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Malah lebih seronok jika dapat keluar makan bersamanya.


Perkara sedemikian terjadi adalah kerana kita merasai akan kekuatan ataupun karisma yang ada dalam individu berikut. Kita juga dapat melihat akan indahnya peribadi individu itu melalui kaca mata pandangan kita. Dan sering juga kita dengari akan ujian orang lain akan keperibadian mulianya. Semua ini menyebabkan kita rasa beliau patut dihargai oleh orang lain.

Adakah pernah anda rasai dan bayangkan bahawa individu yang hebat dan popular itu adalah diri anda sendiri? Individu yang mempunyai karisma dan peribadi mulia itu adalah diri anda sendiri?

Maka seolah-olah anda ingin bergambar dengan diri anda sendiri. Rasa bahagia juga dirasai apabila dapat bertemu dengan diri sendiri. Keceriaan juga terpancar apabila dapat makan bersama dengan diri sendiri.

Jadi, persiapkanlah diri anda agar anda turut menghargai diri sendiri. Jika anda dapat menjadikan diri sendiri menarik pada pandangan mata sendiri, adakah dapat dibayangkan menariknya anda pada mata orang lain? Raikanlah kehebatan-kehabatan dan kebaikan-kebaikan yang ada dalam diri anda.

Berbahagialah dengan kehidupan anda dengan merai dan menghargai segala yang positif dalam diri anda. Apa yang kita capai pada hari ini adalah disebabkan hasil dari tindakan kita pada masa lalu bukannya penyesalan kita.

Teruslah perjalanan kehidupan anda dengan yang ingin dicapai. Fokuslah pada matlamat anda. Namun, sesekali tolehlah kebelakang andai tahu langkah mana yang pernah membuatkan anda jatuh.

Moga ada manfaat yang dapat digambarkan dan dirasai akan kebaikannya serta didengarkan pada generasi akan datang.  

This entry was posted on Thursday, July 12, 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “HARGAILAH DIRIMU KAWAN”

khaulah mujahadah said...

thanks hamka... ini membantu sayeh sesangatnyeh... :) insya allah jika dpt keizinan... september nanti jumpa...