Salam Penuh Keceriaan.
Perjalanan kehidupan, alhamdulillah dapat diteruskan perjalanan kehidupan seperti biasa. Ku panjatkan kesyukuran padamu ya ALLAH.
Saya yakin dan percaya, seperti mana yang kita dengari dan mungkin dialami sendiri, atau barangkali menyaksikan ia berlaku disekeliling kita bahawa setiap manusia itu sememangnya harus membuat keputusan dalam perjalanan kehidupan mereka. Walaupun adakalanya keputusan yang akan diputuskan itu menyakitkan. Dan mungkin dari apa yang diputuskan itu tidak menyenangkan di mata pihak lain. Sesuatu perkara yang berlaku itu berbeza pandangannya di mata setiap manusia. Ada yang memandang dari sudut sisi, ad yang memandang dari sudut atas dan sebagainya.
Saya menonton sebuah klip video Rancangan Motivasi di Youtube yang dikelolakan seorang individu hebat, Mario Teguh. Dalam rancangan tersebut seorang pendengar bertanyakan 1 soalan. Soalan ini saya kira baik untuk saya ambil perhatian akan ia. Mungkin juga untuk sesiapa sahaja yang merasainya sangat penting.
"mengapa kita begitu mudah memotivasikan orang lain sedangkan begitu sukar untuk diri sendiri" lebih kurang begini soalannya.
Apa yang kita kongsikan juga nasihatkan kepada orang lain itu, kita akan diminta untuk merasai akan ia. Jika kita menasihatkan tentang kesabaran, kita terus diuji dengan kesabaran. Jika kita menasihatkan agar istiqamah, kita terus diuji dengan sifat Istiqamah dalam diri kita sendiri.
Jika kita mempunyai masalah, lalu kita dapat menghadapi dengan baik maka ia adalah Beautiful Problem. Bukan apa masalahnya, tetapi bagaimana kita menghadapinya. Maka bersiap-siaplah untuk menjadi lebih hebat Individu yang lebih Hebat dari masalah.
Satu perkongsian yang cukup ringkas tetapi sangat bermakna. Perkara ini juga selalu saya kongsikan kepada peserta yang pernah bersama saya dalam program-program yang dijalankan. Moga-moga saya dapat menghadapi apa yang di uji dengan baik dan tenang. Juga buat anda semua, mudah-mudahan.
Moga ada manfaat yang dapat digambarkan dan dirasai akan kebaikannya serta didengarkan pada generasi akan datang.

Post a Comment