TAKUT



Salam Fantastik..

Bagaimana Fisiologi diri anda pada hari ini. Tahniah dan terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Sungguh, anda sangat bertenaga dan ceria tatkala membaca tulisan ini.


Tarikh 1 Ramadhan telah diumumkan dan ditetapkan pada 21 Julai 2012 pada Hari Sabtu. Ramai yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ramadhan. Masing-masing juga tak lepas menghantar sms dan post di FB dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem..

Tertarik saya dengan satu sms yang diterima daripada seorang rakan.

ACCOUNT NOTICE
Please note that your PAHALA balance is not sufficient to maintain your AKHIRAT account. Please recarge your AMALAN in this mounth to reload your SYURGA credit line. 
EXPIRED DATE : 29 RAMADHAN 1433H

The holy mounth of Ramadhan For All Muslim will begin Praising Allah through the day From down to dusk we fast and We pray zakah for those in need Trying hard to do good deeds.

Sms yang ringkas tetapi amat bermakna.

Pernah suatu ketika saya dimomokkan dengan 1 persoalan. Apakah perlu wujud rasa takot dalam diri? Jika ia wujud, adakah akan membelenggu diri dari meneruskan kehidupan. Sengaja saya bawakan anda kearah moving away, agar sesekali kita muhasabah diri untuk terus moving towards.

Pernah juga saya terdengar satu seminar yang disampaikan. Antara yang saya fokuskan adalah kata-kata ini "Takut, itu suatu perkara yang baik. Akan tetapi usah menyebabkan rasa Takut itu menghalang kamu untuk terus berjalan kehadapan".

Malah, rasa Takut ini juga akan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Kita akan rasa lebih berhati-hati dalam pembacaan A-Quran kerana Takut tersalah baris bacaannya yang akan menyebabkan berubah maknanya. Kerana rasa Takut akan kemalangan di jalan raya, kita akan lebih berhati-hati dalam pemanduan.

Jadi, adakah perlu rasa Takut ini dalam diri?
Takut ini akan membuatkan kita lebih berhati-hati.
Takut ini akan membuatkan lebih bersiap sedia dalam persiapan yang dilakukan.Takut ini akan membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Justeru itu, rasa Takut ini sebenarnya yang membuatkan kita rasa lebih Berani dan Berkeyakinan. Rasa Takut ini dapat kita gunakan untuk membangun Keberanian diri kearah yang positif.

Transfomkan rasa Takut anda itu untuk menjadikan diri anda adalah seorang yang sangat Berani.

Moga ada manfaat yang dapat digambarkan dan dirasai akan kebaikannya serta didengarkan untuk diri sendiri dan generasi akan datang.

This entry was posted on Friday, July 20, 2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.