MENCARI HILANGNYA OMBAK YANG MENGHEMPAS

27 Mac 2009

Dalam kehidupan, adakalanya perjalanan yang dilalui amat sukar dan dipenuhi onak duri. Maka tidak hairanlah jika ada yang tersungkur jatuh dan kecewa, ada yang merangkak dalam kepayahan, berlari dalam kegelapan dan ada juga yang tersenyum keriangan mengisi kekosongan. Semua itu adalah dugaan serta takdir yang harus kita lalui. Kita juga tidak mengetahui apa yang akan berlaku akan datang. Kerana itu bukanlah atau ia adalah diluar bidang kuasa manusia.


UNTUKMU SAHABAT

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dahulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada disisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau disana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga disana kau bersama para Solihin
Kau sahabat ku kau teman sejati


Sayu bila mengenangkan dikau. Namun,semuanya adalah ketentuan ilahi. Kita hanya insan biasa yang tidak mampu untuk melawan penentuan Tuhan yang Esa. Sukar untuk menggambarkan hati ini bila mengenangkan pemergiannya. Walaupun baru beberapa tahun mengenalinya, tetepi ukhuwah yang terjalin begitu indah. Belajar dalam satu kelas yang sama, assaigment satu grup yang sama, pergi makan pun bersama dan sebagainya.

Pemergiannya sememangnya tidak disangka. Kali terakhir di waktu senja. Wajahmu manis tersenyum walaupun kepenatan mejalankan aktiviti reka cipta Rakan Muda. Paginya itu, kita berlakon dalam membentang assaigment Creative Thinking and Problem Solving. Ya, kita berlakon. Produk syampoo Achemal. Malamnya dalam jam 12, kita sama-sama keluar untuk print design yang kite buat untuk produk tersebut. Hari sebelumnya, kita sama-sama membentangkan assaigment Mabahith Adillatul Ahlam. Ya, kita buat tentang tajuk Pemakaian seorang Wanita Muslimah.

Kini, aku tiada teman berguaru moto siapa paling berkilat dan bersilau. Moto siapa paling laju. Gurauan-gurauan itu kini hanya tinggal kenangan. Bila hampir waktu peperiksaan dan minggu peperiksaan, kita adakalanya belajar bersama-sama.

Apa yang mampu hanyalah iringan doa dalam doa. Menghidup kembalikan yang telah mati adalah terkeluar dari kudrat manusia. Apa yang tinggal menjadi warisan adalah amalan yang dipertanggungjawabkan ke atasmu insan.

Ya, bagi teman-teman yang masih lagi dipinjamkan nyawa Oleh Allah, renungilah dan hayatilah kata-kat Imam Syafie “anak muda hari ini gembira bersuka ria, namun mereka lupa bahawa kain kapan mereka sedang dijahit”.

Kini,ombak pantai kian sepi. Ombak tidak lagi hadir ke pantai..


MUNAJAT DALAM KESYAHDUAN

Dalam dakapan senja
Aku renungi kenangan indah bersamamu teman
Berat rasa hati melepaskan dikau pergi
Namun
Semuanya adalah ketentuan Ilahi

Hening hembusan sang bayu
Dikau melangkah pergi
Lambaianmu kian jauh dari pandangan kami
Namun sememangnya tidak disangka
Kau telah pergi untuj selamanya
Pergi yang tidak kembali
Menghadap Ilahi Rabbul Izzati

Di saat terakhirmu
Aku sering melihat kau tersenyum riang
Tersenyum pada kami
Dikau membisikkan kata syahdu
Aku akan pergi mendahuluimu
Janganlah dikau tangisi akan pemergianku ini

Wahai Tuhan
Di malam nan syahdu itu
Aku mengatur langkah lesu
Langkahku setapak demi setapak
Mengiringi akan pemergian dirinya
Dengan tangisan hati
Kesedihan menusuk jiwa
Mengguris naluri

Teman
Semoga dikau menemui pencipta tidak dalam tangisan
Bukan jua dalam rintihan mahupun kekesalan
Bahkan dalam senyuman indah
Serta dalam keredhaan serta keampunan
Seluruh rahmat dari Tuhan
Juga ditempatkan dikalangan orang-orang Soleh
Disisi Tuhan




Al-Fatihah khas buat Abdul Hafidz bin Zainoddin... Ameen...

This entry was posted on Thursday, April 16, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

3 Responses to “MENCARI HILANGNYA OMBAK YANG MENGHEMPAS”

@taufiqhelios said...

erkk....sayu den baca entry nih

Puteri said...

semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya sentiasa, insya-Allah

BuDak cOUntry said...

sedar xsedar dah 2 taun erk arwah da tinggalkn kiter...cam smlm jew g umah diew...al-fatihah!