Peristiwa ini juga adalah sebagai mengubat duka kesedihan hati Baginda S.A.W apabila isterinya Saidatina Khadijah dan Abi Talib bapa saudaranya yang disayangi juga yang sentiasa memberikan semangat serta sokongan kepada baginda dalam menyampaikan dakwah Islam keseluruh umatnya telah kembali ke Rahmatullah. Dua peristiwa yang menyedihkan ini berlaku hanya selang beberapa hari sahaja.
Menurut Ibn Qayyim, Nabi S.A.W di Isra’kan dengan jasadnya dari Masjid al-Haram ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan ditemani oleh Jibril a.s. Ketika di Baitul Maqdis baginda singgah dan menunaikan solat bersama para nabi dengan baginda sendiri yang menjadi imam.
Dari Baitul Maqdis, kemudiannya baginda di Mi’rajkan pada malam itu juga dengan ditemani olah Jibril a.s dari langit pertama hingga ketujuh. Akhirnya baginda di Mi’rajkan naik menghadap Allah Yang Maha Perkasa. Allah memfardukan kepada Baginda 50 solat fardu yang akhirnya menjadi hanya Lima fardu solat sahaja.
Dalam peristiwa ini juga, berlakunya pembedahan dada baginda dan sepanjang nabi menjalani pengembaraan pada malam itu, baginda dilihatkan dengan berbagai perkara. Antaranya ialah :
- Baginda ditawarkan susu dan arak lantas baginda memilih susu. Ini telah menunjukkan fitrah dan telah tepat memilih fitrah. Jika baginda mengambil arak, nescaya umatnya akan terpedaya.
- Melihat empat sungai dan dua daripadanya ialah sungai zahir dan dua lagi batin. Sungai yang zahir ialah Nil dan Furat. Ianya membawa maksud bahawa risalah menapak ke lembah-lembah yang subur sepanjang sungai tersebut.
- Melihat malaikat Malik penjaga neraka yang tidak pernah senyum dan tidak kelihatan riak kegirangan diwajahnya. Baginda turut juga melihat Syurga dan Neraka.
- Melihat orang yang memakan harta anak yatim mempunyai muncung seperti muncung unta. Mereka memasukkan kepingan api seperti batu halus kedalam mulut mereka lalu terbit dari dubur mereka sendiri.
- Melihat pemakan riba’ mempunyai perut yang sangat besar sehingga tidak mampu berganjak. Dan konco-konco Firaun datang kepada mereka ketika dibentangkan mereka kepada neraka lalu memijak-mijak mereka.
- Melihat pera penzina memegang daging yang busuk dan baik. Tetapi dimakannya daging yang busuk dan ditinggalkan daging yang baik.
- Melihat wanita-wanita yang masuk bertemu lelaki yang bukan dari kalangan anak-anak mereka. Baginda melihat mereka digantung dengan teteknya.
- Baginda juga melihat rombongan dagang penduduk Mekah semasa pergi dan balik. Baginda dapat memberitahu mereka tentang seekor unta mereka yang sesat. Baginda minum air dari bekas mereka yang tertutup ketika mereka sedang tidur, kemudian baginda tinggalkan bekas itu tertutup semula. Hal itu menjadi dalil kebenaran dakwaan apabila diceritakannya pada pagi esoknya.
Semoga dengan menghayati peristiwa ini, kita dapat memperbaiki serta menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T serta memperbaiki segala ibadah yang selama ini tidak kita mengambil berat akannya. Selain itu juga, semoga kita sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan serta mencegah kepada kemungkaran. InsyaAllah..
“ kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dikalangan manusia yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran dan semoga kamu beriman kepada Allah Taala”
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
One Response to “MENGHAYATI PERISTIWA ISRA' MI'RAJ”
menghayati smp menitiskan air mata..mudah2an di manfaatkan n ambil ikhtibar dr peristiwa ini..
Post a Comment