Setelah selesai Peperiksaan Akhir Semester 6, saya menduduki Malaysian University English Test di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang. Ia berlangsung pada 10 Mei 2010. Ramai sahabat-sahabat yang turut mendudiki peperiksaan tersebut. Kami bertolak dari Rumah kami seawal jam 7am kerana bimbang akan keterlewatan untuk sampai di sekolah tersebut agar tidak kelam-kabut.
Dalam masa yang sama, cuti semester akhir pun bermula. Saya merancang pelbagai program yang akan dilakukan agar cuti tidak berlalu begitu sahaja. Pelbagai program yang saya ikuti sepanjang cuti semester berlangsung. Antaranya ialah persiapan untuk menulis thesis (projek ilmiah semester akhir) agar mudah dan berjalan lancar pada semester hadapan. Saya juga cuba untuk lebih mahir dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia.
Saya turut menyertai sebagai urusetia dalam Program SPIES Kerajaan dibawah seliaan E-class Training Centre (M) Sdn. Bhd. Melalui program itu, saya banyak mempelajari perkara-perkara baru. Antaranya, berkomunikasi dengan orang dewasa, mengendalikan slot bersama orang dewasa, memberi tazkirah yang bersesuaian dengan tahap orang dewasa dan banyak lagi. Lebih kurang 8 siri program tersebut yang saya ikuti berlangsung sekitar Negeri Selangor.


Terima kasih yang tak terhingga kepada barisan Trainer yang banyak mengajar saya antaranya Ustaz Khearil Anuar Darus, En. Megat, En. Ilyas Ismail dan En. Mustaqiim Asmuji. Tak lupa juga kepada semua kawan-kawan Urusetia yang terlibat sama.
EN. MEGAT (DADDY)

USTAZ KHEARIL ANUAR (Mr. K)

En. Ilyas Ismail
Pada 11 Mei 2010, saya dan kawan-kawan pergi ke Hutan Lipur Jeramtoi di Jelebu Negeri Sembilan. Sekadar suka-suka dan untuk menenangkan fikiran. Lebih kurang 10 orang yang menyertainya.
Pada 16 Mei 2010, saya pulang ke Johor. Tetapi tidak pulang ke Pasir Gudang, Cuma di Caah, Segamat Johor. Ibu dan Bapa saya berada disitu. Saya mengikuti mereka kekebun sawit dan belajar untuk berkebun. Kami menanam ubi kayu dibelakang rumah dan menikam (mematikan pokok sawit yang sudah tua) pokok sawit. Keletihan yang teramat walaupun hanya 8 batang pokok yang sempat saya tikam.
Di penghujung bulan Mei, saya mengikuti Program Tariq bin Ziyad untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri remaja untuk diketengahkan di mata masyarakat. Program tersebut berlangsung di Tanjung Karang, Selangor.
One Response to “SEDIKIT CATATAN MEI 2010”
would like to read it more....(^_^) huu~
Post a Comment